Jadon Sancho cedera

0

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho telah mengalami kecederaan ringan ketika sesi latihan bersama pasukan England. Pengurs pasukan England, Gareth Southgate telah memberitahu pihak media yang Sancho terlibat dengan kecederaan ringan awal hari semalam.

Southgate berkata Sancho akan dinilai pada hari ini mengenai kecederan tersebut sama ada dia akan terlibat dalam aksi perlawanan menentang Hungry pada awal pagi ini.

Ini merupakan berita kurang baik bagi pasukan United. Sancho boleh dikatakan masih belum berada di tahap terbaik ketika menyertai pasukan United. Tidak kira sama ada kecederaan ia kecil atau ringan ia pasti akan mencacatkan peluang untuk dia bermain pada tahap kecergasan sebenar. Sancho telah menyertai kem latihan agak lewat disebabkan Euro 2020. Di peringkat Euro, dia hanya memanaskan bangku simpanan. Perkara ini akan mengganggu prestasi semasa Sancho.

Sancho masih lagi tercari-cari prestasi semasanya sama ada di kelab mahupun di England. Walaupun dia boleh berada dalam keadaan cergas kerana kerap berada di sesi latihan bersama kelab dan pasukan kebangsaan pada ketika ini, namun kekurangan minit permainan akan mempengaruhi prestasi semasanya.

Oleh yang demikian perkara yang paling bagus pada ketika ini adalah dia pulang ke Carrington dan tidak menyertai pasukan England ke Hungary. Selepas perlawanan menentang Hungary, England akan menentang Andorra di Wembley dan kemudian akan ke Poland untuk perlawanan seterusnya. United akan berhadapan Newcastle pada minggu tersebut dan akan bertandang ke tempat Young Boys, Switzerland untuk Piala Juara-Juara Eropah.

SO lebih baik Sancho bersama pasukan United untuk seminggu ini untuk memastikan dia kembali cergas dan menyesuaikan dirinya dengan rakan sepasukan.

- Advertisement -