Jadon Sancho akui selesa main bersama Bruno Fernandes

0

Bintang baru Manchester United, Jadon Sancho dikatakan telah berjaya menyesuaikan dirinya pada minggu ini dalam menghadapi musim yang mencabar bersama pasukan United.

Sancho mengakui dia teruja untuk mengetahui lebih dekat corak dan cara permainan Bruno Fernandes. Dia telah mencertiakan peristiwa itu ketika di temubual Rio Ferdinand di BT Sports.

‘Hari ini kami bermain bersama di dalam satu pasukan dan kami berjaya mewujudkan kerjasama yang bagus. Saya dan dia mempunyai mentaliti yang sama iaitu mahukan kemenangan. Saya berasa gembira mempunyai pemikiran yang sama seperti Bruno. Kita perlu ada pemikiran sebegini kerena kita merupakan kelab yang besar. Kita harus belajar untuk memenangi sesuatu dalam perlawanan sebenar atau dalam sesi latihan. Ia sangat penting.’

Peminat telah mengharapkan kombinasi Bruno dan Sancho ini sejak 2 tahun yang lepas. Kini impian tersebut menjadi realiti. Sancho akan diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan pembukaan menentang Leeds malam ini. Namun di pasti akan mendapat minit permainan sebagai pemain gantian pada separuh kedua nanti.

‘Saya merasakan saya sudah bersedia. Di dalam sesi latihan, semua berjalan dengan amat bagus sekali. Saya berharap dapat bermain pada perlawanan malam ini.’

Fernandes telah menjaringkan 28 gol dengan 18 ‘assist’ pada musim lepas. Sementara Sancho telah menjaringkan 16 gol dengan 19 ‘assist’ bersama pasukan Dortmund pada musim lepas.

- Advertisement -