Jadon Sancho akan lebih berbisa selepas Ini

0

Jadon Sancho telah bermain dalam kesebelasan utama Manchester United semasa menentang Newcastle United meinggu lepas yang menyaksikan kepulangan lagenda dan bintang United, Cristiano Ronaldo yang telah mencetak 2 gol.

Sancho diletakkan di sebelah kiri bersama-sama Bruno Fernandes dan Mason Greenwood serta Ronaldo yang diletakkan sebagai penyerang utama. Bekas pemain Borussia Dortmund ini telah mengalami kecederaan semasa latihan dan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama skuad England pada awal bulan September.

Hanya Paul Pogba (4) dan Luke Shaw (3) yang telah membuat hantaran cantik selain Sancho yang telah membuat 2 hantaran cantik. Dia juga telah bekerjasama dengan baik ketika bermain bersama Shaw untuk mengelirukan pertahanan skuad Newcastle United yang menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan gerakan yang Sancho dan Shaw lakukan. Sancho telah digantikan dengan Jesse Lingard pada minit ke-65.

Lagenda berjersi nombor 7 United, Bryan Robson menyatakan yang Sancho ketika ini masih bermain secara berhati-hati untuk menyesuaikan dirinya dan akan menjadi lebih berani selepas ini.

Robson berkata lagi, Sancho memperkenalkan dirinya dengan elemen tidak mahu mengambil risiko dan kebolehan yang telah dia lakukan ketika mula-mula berada di Dortmund. Dia juga akan mendapat galakan yang baik dari Ronaldo.

Cabaran Liga Juara-Juara Eropah

Sancho sudah pasti dia mahu mencetak dirinya sebagai penjaring dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah menentang Young Boys di tempat lawan pada hari Selasa ini.

Pada perlawanan lepas, Ronaldo, Fernandes dan Greenwood telah terlibat dengan jaringan-jaringan yang dihasilkan, sudah pasti Sancho mahukan perkara yang sama.

Keyakinan dan pemahaman corak permainan di United perlu dipelajari dengan lebih baik lagi supaya setiap hantaran yang dia lakukan menjadi lebih sempurna.

Tiada siapa yang akan meletakkan tekanan ke atas bahu Sancho untuk lebih berjaya dalam perlawanan akan datang. Dia sendiri perlu berusaha keras dalam memberikan sumbangan kepada skuad United. Nilai 73 juta Pound begitu tinggi dengan harapan mahu melihat pemain ini begitu bernilai dengan tanda harga yang dibayar oleh United ke Borrusia Dortmund.

- Advertisement -