Isu Pogba berikan James Garner peluang untuk menyinar

0

Keadaan barisan tengah United dilihat menjadi tidak menentu sejak khabar angin kuat mengenai Pogba menolak kontrak tawaran baru United yang bernilai 350k pound seminggu.

Jika khabar angin itu benar, makanya, Pogba harus di jual sebelum hujung jendela perpindahan tutup atau United akan berisiko hilang Pogba secara percuma.

Dalam keadaan ini, United perlu mencari seorang pemain yang berbakat untuk menambil alih peranan yang dimainkan Pogba dan perkara ini bukanlah mudah.

Pemain muda berbakat, James Garner dikatakan calon pengganti yang sesuai untuk posisi berkenaan.

Pemain berusia 20 tahun ini telah berlatih bersama pasukan utama United sepanjang latihan pra-musim ini dan mempamerkan permainan yang baik ketika menentag Derby. Pada malam ini, dia akan mempunyai peluang kedua untuk untuk membuktikan dia layak.

Situasi Garner masih lagi belum ditentukan pada ketika ini. Dia berkemungkinan akan dipinjamkan sekali lagi untuk memastikan dia mendapat 20-25 perlawanan bermain pada musim baru ini.

Dengan potesni perpindahan Pogba bakal berlaku, peluang untuk dia kekal bersama pasukan utama United dilihat cerah, namun masih belum ada kepastian.

United telah pun membuat pemantauan beberapa pemain baru yang dijangka di bawa masuk sebagai pangganti Pogba. Jika ada pemain baru yang akan dibawa masuk terutama di posisi tengah, maka peluang Garner akan menjadi suram dan menyedihkan.

Namun peminat tidak boleh mengharapkan pemain muda yang berusia 20 tahun ini bermain seperti Pogba, tidak adail untuk kita memperkatakan perkara tersebut. Tetapi dia mungkin di antara solusi pemain yang berbakat untuk bermain di posisi berkenaan. Nama Declan Rice dan Youri Tieleman pasti menjadi watak utama untuk pasukan merka masing-masing. Namun, Garner berhak mendapat peluang untuk membuktikannya.

Ayuh kita saksikan perlawanan kedua persahabatan menentang QPR pada malam ini jam 10 malam di MUTV.

- Advertisement -