Isak Hansen-Aaroen

0

Isak Hansen-Aaroen berharap dapat membuat debut bersama dengan pasukan senior United sebelum umurnya 18 tahun. Isak Hansen-Aaroen telah mempamerkan aksi berkualiti bersama pasukan akademik United bagi musim pertamanya.

Pemain berasal dari Norway ini telah bermain 15 daripada 16 perlawanan bersama pasukan akademik United. Dia telah melakukan dengan baik sekali ketika bermain sebagai pemain tengah pasukan dan aksinya sangat menjadi perhatian pemerhati di luar padang.

Pemain berusia 16 tahun ini telah berjaya membuat debut bersama pasukan bawah 18 tahun Norway pada minggu lepas dan musim 2021/2022 ini bakal menjadi musim penting bagi kariernya.

Isak Hansen-Aaroen sangat yakin yang dia pasti akan diserapkan bersama pasukan bawah 18 tahun United.

Dia telah berkata ketika sesi temubual tv Norway,”Musim depan menjadi musim penting bagi saya. Saya berharap semoga impian saya menjadi kenyataan.”

Isak Hansen-Aaroen telah menceritakan mengenai kisahnya yang memilih pasukan United daripada Liverpool ketika menandatangani kontrak pemain muda bersama United dari Tromso.

Dia telah membuat debut pertama bersama Tromso pada usia 15 tahun. Dia telah melakukan assist. Dia kemudiannya telah berhijrah ke United pada Ogos tahun lepas.

Dia merupakan pemain terakhir yang United tandatangani bagi pemain bawah 18 tahun sebelum jendela perpindahan berakhir.

Dia akan berusia 17 tahun pada Ogos ini dan dia berharap dapat membuat debut pada musim 2021/2022 bersama pasukan senior dan dia berharap impiannya tersebut menjadi kenyataan.

Isak Hansen-Aaroen juga telah membuat debut bersama dengan pasukan bawah 23 tahun pada penghujung musim lepas. Ada kemungkinan dia akan mendapat peluang dan berperanan penting dalam pasukan untuk musim hadapan.

Pihak pengurusan United mempunyai perancangan untuk menyerapkan dia berlatih bersama pasukan bawah 23 tahun United.

Jika dia berjaya dengan perancangan tersebut, dia pasti akan mendapat peluang seperti Hannibal, Anthony Elanga dan Shola Shoretire pada musim lepas.

- Advertisement -