Inilah Liga Perdana Inggeris, kami berjuang sehingga minit terakhir

(Photo by IAN KINGTON/AFP via Getty Images)
0

Varane telah berhijrah ke United dari Real Madrid dengan niat untuk menghadapi cabaran baru bagi kariernya. Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang amat berdaya saing dalam dunia ketika ini. Varane telah membuat 3 penampilan bersama Manchester United dalam liga pada ketika ini berjaya mengakhiri setiap perlawanannya itu dengan kemenangan.

Kejayaan yang United kecapi pada semalam merupakan petanda yang United masih perlu memperbaiki kesilapan dan menambahbaik permainan mereka. United memerlukan sehingga masa kecederaan untuk secara rasminya mengutip 3 mata penting di tempat lawan.

West Ham United v Manchester United - Premier League
(Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Varane telah menyampaikan mesej selepas perlawanan tersebut. Dia sangat menyukai kehidupannya di United pada ketika ini dan memuji corak permainan Liga Perdana Inggeris. ‘Kami berjuang sehingga ke akhir minit permainan. Inilah Liga Perdana Inggeris.’

Screenshot 2021-09-20 at 16-07-11 Raphael Varane's message shows he is loving life at Manchester United

Sekali lagi pasukan lawan perlu menjaringkan gol menerusi tendangan ‘deflected’ untuk memecahkan benteng pertahanan United. Varane telah banyak membantu United bertahan terutama ketika pasukan lawan cuba melakukan ‘set-piece’ yang berbahaya ke kotak penalti United. ‘Set-Piece’ inilah menjadi faktornya beberapa gol tergadai pada musim lepas. Varane telah memenangi 2 ‘aerial battles’ dan kerap membantu membawa bola kehadapan untuk merencanakan serangan. Dia telah melengkapkan 101 sentuhan dengan 94.5% hantaran tepat kepada rakan sepasukan. Dia pasti akan direhatkan pada perlawanan Piala Carabao nanti.

- Advertisement -