Ini kali ke-3 tewas dalam aksi perlawanan pertama namun berjaya bangkit layak ke pusingan seterusnya untuk 2 musim sebelum ini

0

Raphael Varane telah bermain 45 minit permainan ketika United tewas 1-2 kepada Young Boys pada saingan Piala Liga Juara-Juara Eropah. Varane telah di bawa masuk pada separuh masa ke-2 untuk membolehkan United bermain dengan 5 pertahanan disebabkan United bermain dengan 10 orang pemain.

Pemain pertahanan Perancis ini bermain dengan baik selepas melakukan 7 ‘clearances’. Ia merupakan jumlah tertinggi dikalangan pertahanan United yang lain walaupun mereka bermain selama 90 minit permainan. Kekalahan United di Switzerland ini telah membuatkan Varane kini telah tewas 3 kali berturut-turut dalam 3 penampilan pertamanya pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Pada tahun 2019, Varane telah bermain untuk Real Madrid dan mereka tewas 0-3 kepada PSG pada perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan. Namun Real Madrid masih lagi berjaya layak ke peringkat seterusnya selepas Real menang 3 dan seri 2 perlawanan selepas itu dengan 11 mata keseluruhan.

Pada tahun 2020, Varane masih bersama Real Madrid tumpas 2-3 kepada Shakthar Donetsk di tempat sendiri. Real kemudian menang dalam 3 perlawanan, 1 seri dan tewas sekali lagi dalam peringkat kumpulan tersebut dengan mengumpul 10 mata untuk layak ke peringkat seterusnya.

Kekalahan bersama pasukan United kali ini merupakan kekalahan yang ke-3 untuk Varane. Namun dia perlu membantu pasukan United untuk bangkit kembali seperti mana Real Madrid lakukan pada 2 musim sebelum ini. Varane mempunyai pelbagai memori yang positif dalam kejohanan ini kerana dia telah berjaya merangkul kejuaraan sebanyak 4 kali bersama Real Madrid.

Perlawanan pertama merupakan nasib yang kurang baik atau pelik bagi Varane walaupun dia sebenarnya telah bermain dengan baik untuk pasukan. Pada permulaan awal, Varane di rehatkan oleh Solskjaer dalam kesebelasanan utama pasukan kerana Solskjaer masih memiliki Lindelof dan Bailly di barisan pertahanan. Namun disebabkan kecemasan tersebut, Solskjaer tiada pilihan untuk membawa masuk pemain pertahanan tambahan untuk mengukuhkan barisan pertahanan United yang dijangka di asak bertubi-tubi.

Untuk rekod, Varane tidak pernah duduk di bangku simpanan pada musim 2019 dan 2020 bersama Real Madrid. Kali terakhir Varane tidak bermain untuk kejohanan tersebut adalah pada Disember 2018 di mana dia berada di bangku simpanan dan Real telah tewas 0-3 kepada CSKA Moscow.

- Advertisement -