‘Ini bukan permainan video FIFA, anda harus bermain sebagai satu pasukan’ luahan Ince

0

Bekas pemain United, Paul Ince telah melancarkan serangan kepada pemain sayap bernilai 73 juta pound United, Jadon Sancho. Jadon Sancho dilihat begitu layu namun ketika bermain bersama dengan rakan mereka Jesse Lingard dan Anthony Martial. Meraka bertiga harus bermain bola sepak dengan betul.

Sancho telah menyertai United dari Dortmund dan dia merupakan salah seorang pemain sayap terbai dalam liga Bundesliga Jerman. Namun pemain sayap England ini masih belum berjaya menyesuaikan dirinya dengan cabaran di Old Trafford pada ketika ini dengan 2 penampilan dalam kesebelasan utama setakat ini dan tidak pernah bermain 90 minit permainan dalam saingan liga.

Sancho telah menjaringkan 50 gol dan melakukan 64 ‘assist’ dalam 137 penampilan bersama Dortmund. Dia masih belum berjaya bermain dengan baik bersama jersi barunya pada musim ini. Tiada gol dan ‘assist’ yang dia lakukan selepas 7 penampilan.

Ince berpendapat yang pemain sayap lincah ini lebih gemar untuk menunjukkan skil individunya daripada menghasilkan sesuatu di atas padang. Gadingan Sancho, Lingard dan Martial seharusnya menunjukkan permainan 1 2, cuba mengatasi pemain lawan, melakukan larian-larian di dalam kotak, membuat hantaran-hantaran penting dan pantas membuat keputusan.

‘Anda boleh lihat pemain lagenda United sebelum ini, Ryan Giggs, sangat lincah, namun dia berjaya memberikan sesuatu kepada pasukan. Tapi untuk 3 trio ini tidak bagi saya. Mereka lebih mengutamakan skil dan teknikal masing-masing. Anda harus bermain bersama dan melakukan hantaran sesama anda dan cuba masuk ke dalam kotak penalti dan menghasilkan gol. Ini kelemahan utama yang saya dapat lihat pada ketika ini.’

Ince juga berbicara mengenai Martial,’Berapa ramai pemain yang lebih baik dari Martial ketika ini. Adakah dia akan ditunjukkan jalan keluar? Solskjaer masih mempercayai kebolehan Martial sehingga kini. Namun jika anda lihat ketika perlawanan, dia seperti tidak mahu bermain. Mengapa saya bermain untuk Piala Carabao? Mengapa saya tidak bermain untuk Liga Perdana Inggeris? Dia seperti tidak mahu main dengan United pada ketika ini.’

- Advertisement -