Ing tidak setuju dengan tawaran kontrak baru Southampton

0

Pemain antarabangsa Englang, Danny Ing telah menolak tawaran kontrak barunya bersama pasukan SOuthampton.

Laporan itu memberitahu kelab tersebut bersedia untuk menawarkan kontrak gaji yang tertinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Namun, Ing masih belum mempersetujui kontrak tersebut. Kontraknya kini berada pada tahun terakhir.

United yang pada sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membawa masuk bekas pemain Liverpool ini pada Mei lepas menjadi asalah satu pilihan bagi Ole Gunaar Solskjaer.

Dalam 2 musim yang lepas, Ings telah menjaringkan 34 gol dalam Liga Perdana Inggeris manakala Anthony Martial hanya mampu menjaringkan 21 gol dan musim lepas merupakan musim terburuk bagi kariernya.

Ings di antara calon terbaik bagi penyerang yang biasa dengan kancah bola sepak inggeris. United pasti tidak mempunyai masalah untuk menandatangi pemain ini. Edingson Cavani kini berusia 34 tahun pasti tidak mampu untuk bermain dalam kesemua 38 perlawanan liga untuk umur berkenaan.

Bagus untuk United mempunyai Cavani dan Ings kerana ia dapat mengurangkan isu kecederaan disebabkan tempoh permainan yang begitu kerap. Rotasi pemain boleh dilakukan.

Kehadiran Sancho ke United telah merancakkan perpindahan United pada musim baru ini. Solskjaer pasti dalam persiadaan yang rapi bagi memantapkan pasukan United untuk musim ketiganya bersama United.

- Advertisement -