Imbau kembali kisah penampilan pertama Varane semasa di Lens, Real Madrid dan Perancis

0

Peminat tidak sabar menantikan kehadiran Raphael Varane ke United dengan secara rasminya.

United akan memulakan saingan liga menentang Leeds pada 14 Ogos 2021 ini. Pemain antarabangsa Perancis ini berkemungkinan masih belum bersedia untuk diturunkan. Varane berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan seterusnya menentang Southampton.

Varane tidak banyak buat penampilan baru dalam karier bola sepaknya. United akan menjadi kelab ke-3 yang dia akan bermain.

Lens

Varane telah buat penampilan pertama ketika berusia 17 tahun pada November 2010. Pemain Spurs, Serge Aurier merupakan rakan sepasukanya di barisan pertahanan pada waktu itu.

Varane bermain menentang Montpellier yang diketuai Olivier Giroud pada ketika itu yang bermain untuk Arsenal, Chelsea dan kini AC Milan. Kedua-dua pemain ini merupakan pemain yang bermain untuk pasukan Perancis ketika mereka menjuarai Piala Dunia 8 tahun selepas itu.

Dia telah bermain sebanyak 23 perlawanan dalam Liga Ligue kerana ada ketika pada musim itu dia menghadapi kecederaan dan terpaksa bersaing untuk kesebelasan utama pasukannya tersebut.

Walau bagaimanapun, disebabkan kualiti yang dipamerkan pada usia mudanya itu, dia telah menarik minat kelab besar seperti United dan Real Madrid. Namun Real Madrid merupakan pilihan utamanya pada waktu itu.

Real Madrid

Raphael Varane telah membuat penampilan pertama bersama Real Madrid pada tahun 2011. Namun penampilan tersebut berkesudahan dengan seri 0-0 namun dia bermain dengan baik sekali pada perlawanan menentang Racing Santander.

Tugas atau peranan utama pemain pertahanan ialah memastikan ‘cleen sheet’. Ketika itu dia telah bergandingan dengan Ricardo Carvalho dengan Sergio Ramos berada di bangku simpanan keputusan yang mengejutkan dari Jose Mourinho yang menjadi pengurus Real pada waktu itu. Pada perlawanan tersebut, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, Mesut Ozil, Angel di Maria, Kaka, dan Higuain masing-masing gagal menembusi pasukan lawanan.

Perancis

Raphael Varane menunggu sehingga tahun 2013 baru dia berjaya membuat kemunculan pertama bersama pasukan Perancis. Pada Euro 2020, Pasukan Perancis tidak menyenarai kan Varane kerana ingin membariskan pemain pertahanan yang lebih berpengalaman.

Varane telah membuat penampilan pertama menentang Georgia pada kelayakan Piala Dunia pada Mac 2013. Dia telah bermain bersama Mamadou Sakho di barisan pertahanan. Pada waktu itu juga Paul Pogba bermain di bahagian tengah semasa dia masih lagi bermain untuk Juventus.

Perancis menang 3-1 dengan jaringan Valbuena, Giroud dan Ribery.

Dengan pengalaman yang ada pada Varane, dia pasti boleh menghadapi situasi corak permainan Liga Inggeris untuk tahun pertamanya. Varane kini berusia 28 tahun dengan rekod penampilannya yang pertama hanya melepaskan 1 gol sahaja, maka dia pasti akan bermain dengan baik untuk pasukan United pada penampilan pertamanya di United.

- Advertisement -