Berita Terkini

Ikut Peraturan

Ikut-Peraturan

Menurut The Mirror Eric Ten Hag telah menetapkan beberapa peraturan baru dimana para Pemain diharuskan makan bersama selepas sesi latihan yang diadakan di Carringthon. Selain pemain Erik ten Hag juga menggunakan peraturan ini kepada staff kejurulatihanya.

Ten Hag juga dikatakan telah mengatur perubahan pada menu makanan di cafe dimana para pemain akan dihidangkan makanan seperti restoran lima bintang.

Perkhidmatan istimewa itu adalah sebahagian daripada tuntutan yang ia lakukan untuk membuat para pemain boleh menyesuaikan diri dengan menu diet pemain mengikut keperluan mereka.

Bukan itu sahaja,Ten Hag turut meminta chef kelab itu menyediakan hidangan istimewa untuk para pemain.Kemudian, makanan akan dihantar ke rumah setiap pemain dan setiap pemain akan mendapat menu yang berbeza mengikut keperluan.

Masih mengenai makanan dan minuman, Erik ten Hag juga mempunyai satu lagi larangan untuk pemain United. Para pemain dilarang meminum alkohol semasa tempoh persediaan perlawanan, sebelum mahupun selepas kerana Ten Hag mahu pasukannya berada dalam keadaan terbaik apabila mereka turun ke padang.

Jadi, dia tidak membenarkan sebarang alkohol masuk ke dalam badan pemain kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada prestasi.

Ten Hag juga melarang penggunaan telefon bimbit semasa waktu makan di Carrington Jadi,para pemain diharap dapat berinteraksi antara satu sama lain agar keakraban dan kesepaduan dapat terjalin dalam skuad United.

Lain-Lain Artikel