Ibrahim Sangare dilihat menyarung jersi United

0

Rakan sepasukan Eric Bailly dan Amad Diallo, Ibrahim Sangare dilihat telah menyarung jersi United ketika hadir ke satu pertandaingan bola sebak di Abidjan, Ivory Coast.

Sangare merupakan pemain ‘defensive midfileder’ untuk pasukan PSV Eindhoven telah menyarung jersi putih hitam pasukan United iaitu jersi ketiga.

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik oleh pihak penganjur pertandingan. Bailly dan Amad juga turut hadir dalam pertandingan tersebut. Bailly pula sedang menyarung jersi pasukan Perancis.

Ibrahim Sangare dilihat menyarung jersi United2

Ibrahim Sangare berusia 23 tahun dan merupakan pemain harapan untuk pasukan PSV bagi musim-musim akan datang. Dia telah memulakan kariernya dengan baik di Liga Perancis bersama pasukan Toulouse.

Pada musim lepas sebelum berhijrah ke PSV, dia ada menerima tawaran perpindahan ke Southamptoon tetapi dia cenderung untuk ke PSV dengan nilai perpindahan 8.2 juta pound.

Ibrahim Sangare telah membantu pasukan PSV berada di kedudukan kedua dalam liga selepas bermain untuk 29 perlawanan.

Sepanjang musim tersebut, dia telah melakukan 3.5 ‘tackles’ pada setiap perlawanan dan berada di kedudukan kedua dalam senarai pemain yang melakukan ‘tackle’ sepanjang musim. Dia telah juga telah membuat 2.1 ‘interceptions’ pada setiap perlawanan dan berada dalam senarai 10 terbaik dalam liga.

Adakah dia yang United perlukan? Dia sangat sesuai untuk bermain di bahagian ‘defensive midfielder’ jika United mahukan pemain yang mempunyai fizikal tegap. Ibrahim Sangare masih lagi boleh digilap dan mempunyai kualiti yang bagus.

Tidak ada apa-apa penjelasan dari pada Ibrahim mengenai situasi dia menyaurng jersi United pada pertandingan tersebut.

- Advertisement -