Ia seperti perlawanan ragbi. Solskjaer tidak berpuas hari dengan keputusan pengadil

0

Ole Gunnar Solskjaer telah menmplak keputusan pengadil ketika mengadili perlawanan Manchester United menentang Southampton di St Mary. United hanya mampu mengutip 1 mata selepas keputusan seri 1-1. Solskjaer beranggapan pengadil telah membuat keputusan yang tidak tepat dalam situasi kekasaran yang berlaku seperti permainan rugbi.

United tidak berpuas hati dengan tindakan Jack Stephens yang telah menolak Bruno Fernandes sekaligus membolehkan Southampton menjaringkan gol pertama. Pengadil tidak menganggap itu sebagai satu kekasaran kerana Bruno sebenarnya boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Solskjaer berkata, ‘Kami harus melakukan dengan lebih baik, Jika rakan sepasukan anda tidak menerima ‘foul’. Kita harus meneruskan permainan dan peka dengan situasi keadaan. Kita juga harus menghalang bola itu menggunakan badan anda bagi memastikan bola itu tidak masuk ke dalam jaring gol. Kita perlu berani melakukan tekanan kepada pemain lawan. ‘

‘Bagi situasi Bruno, itu adalah ‘foul’. Dia telah terus menuju ke arah pemain tersebut sambil memperkatakan sesuatu. Saya takut dengan keadaan ini, kita harus bersedia bermain bola dengan cara agresif. Sebelum ini gaya permainan bola sepak boleh kita katakan seperti bola tampar atau bola keranjang, dan sekarang seperti rugbi.’

Solskjaer dilihat mempunyai kenyataan yang sama seperi Jurgen Klopp mengenai permainan Liga Perdana Inggeris yang semakin agresif dari segi fizikal dan kekasaran.

‘Saya suka permainan bola sepak yang dahulu. Ia merupakan bola sepak yang bersih di mana kekasaran yang ‘foul’ perlu kita katakan ‘foul’. Anda juga boleh melihat pada awalnya bagaimana kedua-dua pasukan bermain dengan begitu agresif. Kami ada melakukan ‘tackles’ mereka juga ada melakukannya. Ia cukup tegang bagi situasi-situasi tertentu. Kami lebih tenang dan cepat melakukan keputusan apabila bola berada dikawalan kita.’

Namun bagi pengurus pasukan Southampton, Ralph lain pendapatnya. ‘Saya memang gemar mengarahkan pemain-pemain saya untuk melakukan tekanan kepada pemain lawan dengan agresif. Dengan itu peluang untuk mereka melakukan kesilapan adalah besar disamping kami boleh melakukan serangan. Saya suka setiap kali sentuhan yang dilakukan pemain bukan satu ‘fouls’. Inilah bola sepak Liga Perdana Inggeris yang sering kita perkatakan.

- Advertisement -