United akan berdepan Chelsea malam ini pertembungan tempat keempat dan kelima. Jadi segala keputusan yang diterima mempunyai impak dalam kedudukan liga.
Bagi jurulatih Chelsea Graham Potter yang pernah menewaskan Ten Hag diawal musim, merasakan perlawanan ini akan menjadi menarik hebat dan akan menjadi perlawanan yang sukar..
Rakan sejawat Ten Hag itu berakata, dia sangat menghormati kerjaya Ten Hag dan kualiti kejurulatihannya. Walaupun ia bukan satu permulaan yang baik namun Ten Hag telah mengalahkan lawan yang berkualiti
Ianya sudah pasti merujuk kepada tiga kelab besar Arsenal Liverpool dan Spurs baru-baru ini.
“Saya sangat menghormati Erik ten Hag, untuk kerja yang telah dilakukannya dalam kerjayanya dan untuk kualiti kejurulatihannya.”
“Ia bukanlah permulaan yang baik dari sudut pandangan mereka, tetapi mereka telah mengalahkan banyak lawan yang berkualiti, mengutip mata dan bermain dengan baik. ia akan menjadi perlawanan yang sukar.”
United dibawah Ten Hag kini lebih bermain corak lebih direct dan pemain tiga serangkai didepan dan pemain perancang Bruno Fernades adalah nadi kunci kejayaan serangan mereka
“Mereka telah mengubah cara mereka membina serangan, mereka sedikit lebih langsung pada masa ini. Rashford, Antony, Sancho dan Bruno Fernandes adalah kunci bagi mereka.”
Perlawanan demi perlawanan penyesuaian diri antara satu sama lain akan meningkat dari masa ke semasa. Ia adalah satu proses dimana masa akan menjadi penyembuh dan pembelajarannnya
“Mereka nampaknya menyesuaikan diri antara satu sama lain, mengenali antara satu sama lain. Ia adalah satu proses yang biasa. Saya telah berada di Brighton selama tiga tahun ketika kami menentang mereka dan Erik telah berada di Manchester United selama enam minggu”
“Ia satu proses. Kualitinya secara semula jadi akan meningkat dari semasa ke semasa. Manchester United ialah Manchester United, mereka mempunyai pemain terbaik dan merupakan skuad yang mengagumkan. Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, menarik dan hebat. Kami tidak sabar untuk melihat perlawanan nanti.”
Perlawanan minggu ini antara perlawanan yang dinantikan para peminat kedua pasukan. Stamford Bridge menjadi saksi pertembungan kedua pasukan mencari siapa pemenang ataupun hanya berakhir dengan keputusan seri..