Huraian Roy Keane mengenai barisan tengah United

0

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane memberikan komentar mengenai persembahan United ketika di Stadium St Mary menentang Southampton malam tadi yang berkesudaham 1-1.

Keane dengan tegasnya menyatakan United kekurangan kreativiti dan kualiti di bahagian tengah. Dia membidas bahagian tengah United seperti kurang berfungsi.

United mendapat gol penyamaan pada minit ke-55 apabila Mason Greenwood berjaya menjaringkan gol hasil hantaran pendek Paul Pogba. Pada separuh masa pertama, United ketinggalan 1-0 hasil jaringan sendiri Fred yang tertampan bola sepakan Che Adams.

Pada permulaan perlawanan, United dilihat berjaya mendominasi permainan tetapi Southampton berjaya mengambil kesempatan di atas kealpaan barisan tengah dan pertahanan United dan seterusnya menjaringkan gol pertama.

Ole Gunnar Solksjaer menyenaraikan Fred dan Nemanja Matic sebagai pemain tengah bertahan di belakang Bruno Fernandes. Mereka berdua dilihat kurang serasi apabila digandingkan bersama.

Roy Keane memberikan komen di Sky Sports dengan menyatakan United memerlukan sesuatu untuk beraksi dengan lebih baik.

“Ada satu atau dua persoalan selepas perlawanan tadi. Kita kembali kepada perlawanan tadi apabila pemain tengah kekurangan kreativiti, kekurangan kualiti. United begitu kecewa dengan keputusan seri pada perlawanan tersebut dan Southampton perlu diberikan kredit.”

Dia berkata lagi, “Fred dan Maguire perlu buat lebih baik apabila seseorang datang ke kawasan anda. Fred, anda seharusnya telah bersedia dan bukannya hanya meletakkan sebelah kaki. Dia kurang bernasib baik apabila bola terbias mengenai kakinya dan saya merasakan dia boleh buat yang lebih baik dari itu.”

United merasakan yang mereka boleh mendapatkan sepakan percuma selepas Bruno Fernandes dilihat dijatuhkan oleh Jack Stephens ketika merebut bola dari belakang.

Roy Keane dan rakan pengulasnya Graeme Souness merasakan Stephens tidak melakukan kekasaran Dan pengadil tidak perlu memberikan sepakan percuma. Mereka menyatakan Bruno Fernandes sepatutnya boleh menghalang bola dari direbut pemain lawan.

Seorang lagi pengulas, Sol Campbell bersetuju dengan kenyataan Roy Keane dan Graeme Souness bahawa Bruno boleh menghalang bola dari direbut menggunakan badannya.

- Advertisement -