Harry Maguire pamerkan apa yang United hilang sewaktu di Gdansk

0

Sudah hampir sebulan berlalu di mana Manchester United telah tewas pada perlawanan akhir menentang Villarreal dan ia terlalu pahit untuk para peminat United.

United yang ditewaskan menerusi penentuan sepakan penalti di mana kesemua pemain telah melakukan tendangan untuk sepakan penalti berkenaan. Apa yang paling diperkatakan adalah dalam tempoh 120 minit permainan, United gagal untuk menembusi bahagian pertahanan pasukan dari Sepanyol itu.

Walaupun United telah menguasai perlawanan dengan 60 peratus kawalan bola, namun United telah melepaskan gol menerusi sepakan percuma pasukan lawan.

Pada perlawanan awal pagi tadi, Maguire telah kembali bermain dengan pasukan England untuk tempoh 90 minit permainan dan dia telah buktikan ape yang sebenarnya United rindukan daripada ketua pasukan mereka ini.

Memang benar, walaupun ketika Maguire bermain, United masih lagi kerap melepaskan bola menerusi ‘set-piece’pasukan lawan.

Namun, apa yang United rindukan adalah kualiti yang Maguire ada dalam membawa bola ke hadapan, ‘dribbling’ dan ‘passing’.

Maguire telah membuat penampilan pertamanya dalam 6 minggu tempoh dia berehat semasa kecederaan. Maguire dalam perlawanan tersebut telah melakukan 8 hantaran ke kotak penalti pasukan lawan dan merupakan yang terbanyak dikalangan rakan sepasukan.

Bukan itu sahaja, dalam senarai pemain yang sering membuat hantaran ke ‘final third’ Maguire berada dalam senarai teratas 10 pemain tersebut.

Pada separuh masa kedua, Maguire ada membuat larian kehadapan dan membuat hantaran terus ke Jude Bellingham, namum sentuhannya kurang kemas dan hampir mendapatkan tendangan penalti untuk pasukan England.

Ketika perlawanan akhir Piala Europa, Victor Lindelof dan Eric Bailly telah menjalankan tugas seperti yang Maguire lakukan, Namun ia tidak cukup bagus seperti yang Maguire lakukan.

Maguire telah membuat 81 sentuhan dan merupakan yang tertinggi, serta melakukan 2 ‘clearances’ dan 1 hadangan bola pada perlawanan awal pagi tadi.

Kini pihak pengurusan United ingin mencari seorang calon pemain pertahanan yang mempunyai gaya permainan seakan Maguire.

Jika pemain baru itu berjaya di bawa masuk, maka penggiliran pemain boleh dilakukan untuk mengelakkan kecederaan sama menimpa Maguire dan kehilangan Maguire dapat diubati dengan panggantinya itu.

- Advertisement -