Harry Maguire mengucapkan tahniah kepada Leicester City

Maguire tumpang gembira kejayaan Leicester City.

0 52

Leicester City berjaya menjuarai Piala FA 2020-2021 setelah menewaskan Chelsea 1-0. Gol kemenangan Leicester dijaringkan oleh Youri Tielemans. Pemain tengah muda itu berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan jarak jauh menewaskan Kepa penjaga gol Chelsea pada minit ke-63.Pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire juga gembira dengan kejayaan bekas pasukannya.

Ini merupakan lembaran baru untuk The Foxes kerana ia adalah kemenangan pertama kali mereka dalam kejohanan Piala FA sejak kelab ini ditubuhkan.

Kejayaan yang dicapai oleh Leicester juga telah memberikan kegembiraan kepada Harry Maguire. Pemain pertahanan Manchester United mengucapkan tahniah kepada bekas pasukannya di akaun Instagramnya.

“Vichai pasti tersenyum. Tahniah,” tulisan pemain yang kini menjadi kapten Manchester United.

Harry Maguire menghabiskan dua musim bersama Leicester City. Dia meninggalkan Stadium King Power pada 2019 untuk berhijrah ke Manchester United dengan bayaran perpindahan rekod untuk pemain pertahanan termahal di dunia.

Semasa memperkuat Leicester, Maguire telah membuat 76 penampilan di semua pertandingan. Dari jumlah itu, dia berjaya menjaringkan lima gol dan tiga assist untuk pasukan. Maguire berada di kelab ketika pemilik Leicester, Vichai Srivaddhanaprabha meninggal dunia dalam nahas helikopter pada tahun 2018. Ia merupakan tragedi yang amat menyedihkan bagi para pemain dan pegawai pasukan Leicester.