Harry Maguire mencatatkan rekod tersendiri

0

Harry Maguire merupakan diantara pemain terbaik dalam kejohanan Euro 2020 selepas dia tersenarai dalam kesebelasan utama pemain terbaik pada kejohanan Euro 2020.

Maguire menjadi nadi utama di bahagian pertahanan England untuk mara ke peringkat akhir sebelum tewas kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti.

Statistik yang dilaporkan, telah menunjukkan Harry Maguire telah mencatatkan rekod pemain yang paling banyak memenangi bola di udara dengan 25 kemenangan. Maguire hanya mula bermain pada perlawanan ketiga England.

Statistik-statistik ini mula diambil kira sejak 31 tahun yang lepas iaitu pada 1980.

Maguire merupakan watak utama di bahagian pertahanan England dalam mengekak asakan penyerang pasukan lawan. Dalam pada itu juga, Maguire juga telah memenangi bola udara di kawasan kotak penalti pasukan lawan ketika mendapat ‘set-piece’. Dengan perkara ini, dia berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan suku akhir menentang Ukraine.

Bagi statistik pasukan United pula untuk musim lepas, Maguire telah memenangi 77.5 peratus bola di udara dan yang terbaik dalam pasukan. Diikuti dengan Matic dengan 70 peratus dan Lindelof 65 peratus.

Nilai Maguire yang dibeli dengan harga 80 juta pound dilihat kini membuahkan hasil dengan prestasi bagus dari Maguire pada ketika ini. Maguire juga dilihat sebagai salah seorang penambil tendangan sepakan penalti yang berkualiti.

Dia melepaskan tendangan yang padu sehingga terkena pada hujung bucu gol dan terkena pada kamera. Maguire dijangka akan kembali dan pasti akan mengenmudi barisan pertahanan United pada 14 Ogos nanti. Dia kini dalam tempoh berehat selama beberapa minggu selepas berkhidmat untuk pasukan England.

- Advertisement -