Harry Maguire kekal fokus

0 1

Kapten Manchester United Harry Maguire menolak untuk bercakap mengenai peluang kelabnya menjuarai kejuaraan liga perdana inggeris pada musim ini. Menurut pertahanan berusia 27 tahun ini masih banyak perkara yang perlu United perbaiki sebelum bercakap mengenai Kejuaraan.

Maguire juga akui bahawa semua pemain United ketika ini tidak terlalu memikirkan tentang gelaran liga malahan ia mendedahkan semua pemain ketika ini hanya memberi fokus untuk mengekalkan prestasi terbaik dan memenangi setiap perlawanan.

“Kami tidak akan bercakap mengenai kedudukan dalam liga.Kami ingin sentiasa bercakap mengenai peningkatan.Dua tahun lalu, anda tidak akan mengatakan bahawa kami akan berada di kedudukan teratas liga. “Ini semua tentang peningkatan dan ini semua tentang memperbaiki prestasi setiap pertandingan, setiap sesi latihan dan sudah tentu masih banyak lagi perkara yang perlu kami memperbaiki”.

“Ya itu sangat bagus untuk sentiasa mendapatkan mata tetapi perjalanan kami masih panjang untuk kami memastikan kami masih ada di kedudukan teratas pada akhir musim “ujarnya di MUTV.