Harry Maguire akui teruja dengan kehadiran Jadon Sancho

0

Manchester United telah bersedia untuk memulakan kempen saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Pemain yang baru ditandatangai United Jadon Sancho telah mula berlatih sejak seminggu yang lepas bersama pasukan United.

Pemain sayap United ini akan memberikan keterujaan kepada peminat-peminat United yang dijangka akan hadir ‘full-house’ ke Old Trafford pada malam ini. Kisah perjalanan perpindahan Sancho amat kini menjadi rialiti bagi semua peminat United.

Ketua pasukan United, Harry Maguire teruja untuk membantu Sancho untuk menyesuaikan dirinya dengan corak permainan United. Dia merasakan Sancho akan memainkan peranan penting dalam pasukan United musim ini.

‘Saya rasa khabat angin sebelum kehadirannya ke United telah berlaku pada setiap musim. Saya seperti merasakan ia sama seperti kisah saya datang ke United. Saya sangat gembira dia berada bersama dengan pasukan kami ketika ini. Dia mempunyai kualiti permainan yang amat bagus.’

‘Dia merupakan pemain yang berkeyakinan dan saya dapat meraskan dia akan menjadi bintang dalam pasukan United. Dia pasti akan berjaya dalam kariernya bersama United kerana peranannya amat diperlukan di dalam pasukan pada ketika ini.’

- Advertisement -