Harry Maguire akan berhadapan dengan Robert Lewandowksi

0

Ketua pasukan United, Harry Maguire telah direhatkan ketika England menang mudah ke atas Andorra pada perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini. Ia merupakan rehat yang diperlukan oleh Maguire kerana England akan berhadapan dengan tugas sukar menentang Poland selepas ini.

England akan bertandang ke Warsaw untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia seterusnya. Ini merupakan perlawanan yang paling sukar dalam peringkat kumpulan mereka kerana Poland merupakan sebuah pasukan yang kuat. England kini mendahului 5 mata dihadapan Poland dan kemenangan ke atas Poland akan memastikan mereka layak secara automatik ke Piala Dunia 2022.

Maguire akan berhadap dengan penyerang berbahaya di dunia pada ketika ini Robert Lewandowski. Lewandowski telah menjaringkan 69 gol untuk pasukan Poland dan dia merupakan kapten pasukan Poland. Dia sedang berada pada prestasi terbaik pada ketika ini. Dia telah menjaringkan 6 gol dan 2 ‘assist’ untuk 4 perlawanan terakhir bagi Poland.

Prestasi semasa Lewandoski

Pada musim ini, dia telah memulakan kempen bersama pasukan Bayern Munich dengan 5 gol untuk 3 perlawanan. Pada musim lepas Lewandowski telah menjaringkan 41 gol untuk 29 perlawanan. Lewandowski merupakan calon untuk memenangi anugerah Ballon d’OR pada tahun 2020 namun majlis penganugerahan tersebut terpaksa ditangguhkan. Jika dia berjaya memberikan persembahan terbaik untuk musim ini, pasti dia berpeluang cerah untuk mememangi anugerah tersebut.

Ini merupakan 1 ujian yang besar bagi Maguire untuk berhadapan dengan Lewandowksi. England sebelum ini berjaya menewaskan Poland 2-1 di Wembley namun tanpa kehadiran Lewandowksi yang mengalami kecederaan. Maguire telah menjaringkan gol kemenangan sebelum gandingannya John Stones yang menghasilkan gol pertama. Kali ini pasti Maguire dan Stone akan sibuk mengawal benteng pertahanan England.

Namun, perlawanan tersebut merupakan medan terbaik untuk Maguire bersedia berhadapan saingan kejohanan Piala Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung pada minggu hadapan. United berpotensi berhadapan dengan Bayern Munich pada pusingan seterusnya jika berjaya di peringkat kumpulan. Inilah pelaung terbaik bagi Maguire yang merupakan salah seorang pemain pertahanan terbaik di Eropah pada ketika ini.

- Advertisement -