Harry Kane akan ke Man City kata Jamie Redknapp

Harry kane telah membuat 334 penampilan bersama pasukan Spurs dengan 220 gol jaringan tanpa memenangi sebarang piala.

Daily Mail
0 86

Jamie Redknapp merasakan, dia dapat membayangkan Harry Kane penyerang utama pasukan Spurs akan berhijrah ke Man City pada akhir musim ini. Harry Kane telah menyatakan hasrat untuk berhijrah keluar dari pasukan Spurs selepas gagal memenangi sebarang trofi ketika bersama Spur sepanjang kariernya.

Walau bagaimanapun, perpindahan Kane hanya akan berlaku dengan nilai yang sewajarnya jelas pemilik pasukan Spurs, Daniel Levy. Ia sekali gus memberi tamparan yang hebat kepada pasukan Man United dan Chelsea selepas kedua-dua pasukan ini dikatakan hanya menawarkan harga kurang daripada 100 juta pound kepada pihak Spurs.

City dikatakan bersedia untuk membelanjakan 150 juta pound untuk membawa Harry Kane masuk dan merasakan harga tersebut sangat sesuai dengan apa yang telah dipamerkan oleh Harry Kane sepanjang kariernya bersama Spurs. Dia bukan sahaja seorang pemain yang boleh menjaringkan gol tetapi dia boleh mencipta gol untuk rakan sepasukan.

‘Apa yang saya fikir pada waktu ini, jika Kane bermain bersama dengan De Bruyne dan Foden di bahagian serangan, peluang untuk City meneruskan kemenangan trofi akan lebih bagus.’ Redknapp di Sky Sports.

‘Dia akan berkerjasama dan berlatih di bawah seorang pengurus pasukan yang terbaik pada ketika ini dan ia merupakan perpindahan yang terbaik bagi kariernya.’

Harry Kane pasti mahukan segala perpindahannya dapat selesai sebelum berlangsungnya kejohanan Piala Eropah pada akhir musim ini. Jika tidak pasti, khabar-khabar angin yang berlaku akan menganggu prestasi semasanya ketika bersama pasukan England.