Berita Terkini

Hanya buat satu pertukaran, Ten Hag tidak percaya pemain simpanan?

03c15552 2d32 46e1 B914 1e3bf2c71914

Pada perlawanan United menentang Newcastle yang cukup kompetitif, terdapat suara yang mempertikaikan mengapa Ten Hag hanya melakukan satu pertukaran.

Seperti diketahui, lima pertukaran pemain dibenarkan dalam satu perlawanan. Sepanjang 90 minit, Ten Hag hanya memasukkan Marcus Rashford menggantikan superstar Cristiano Ronaldo.

Ia adalah perubahan pertama dan terakhir buat United. Dan hasilnya hanyalah keputusan seri tanpa jaringan.

Main bola 90 minit tanpa gol, membosankan ? Okay bukan itu persoalan nya..

Adakah Ten Hag tidak mempercayai pemain simpanan dan lebih tepat pemain muda akademi ? Jika dilihat dari bangku simpanan kebanyakan mereka adalah pemain muda.

Berpuas Hati..

Apa yang Ten Hag maklumkan ialah dia hanya lakukan satu pertukaran kerana dia percaya kepada pemain di atas padang

“Sudah tentu berpuas hati dengan persembahan pemain di atas padang.. Seperti yang anda ketahui, beberapa pemain tidak dapat hadir dalam perlawanan hari ini,”

“Christian Eriksen tidak tersedia, Anthony Martial tidak tersedia, Scott McTominay juga tidak tersedia.”

Man United meletakkan sembilan pemain di bangku simpanan. Empat pemain senior dan selebihnya pemain muda.

Mereka adalah Garnacho, Elanga, Pellistri, Koobie Mainoo dan Zidane Iqbal. Tetapi Ten Hag tidak membawa masuk seorang pun pemain muda untuk mencipta Moment yang dicari iaitu gol Kemenangan..

Ten Hag menyatakan dengan jelas bahawa untuk tidak terpengaruh dengan keputusan yang baru dibuatnya. Dia hanya mahu fokus pada perlawanan seterusnya

“Kami perlu menerima situasi ini, tetapi perkara paling penting ialah menunggu perkembangan seterusnya pasukan.”

“Fokus pada perlawanan seterusnya [menentang Tottenham] kerana ia akan menjadi perlawanan yang besar.”

Sumber : Metro , Bola. net

Lain-Lain Artikel