Hannibal Mejbri terus mendapat peluang

0

Pemain muda Man United Hannibal Mejbri telah bermain untuk pasukan Tunisa ketika pasukannya itu menentang Mali untuk perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Ia merupakan penampilan ketiga bagi Hannibal sejak menukar status kerakyatan kepada Tunisia.

Dia sebelum ini hanya bermain sebagai pemain gantian ketika menentang DR Congo dan Algeria pada awal bulan ini.

Tunisia tewas kepada Algeria 2-0 pada perlawanan sebelum ini. Hannibal mengulas selepas membantu Tunisia menang ke atas Mali,”Kami berjaya bangki selepas kekalahan pada perlawanan sebelum ini. Itu paling penting pada ketika ini. Saya berasa sangat gembira dapat bermain untuk pasukan Tunisia.”

Tunisa kini berada pada kedudukan 26 dunia dalam ‘Ranking’Fifa.

Pemain muda United ini telah membuat penampilan yang bagus sejak mula permainan. Dia sangat tenang mengawal bola di bahagian tengah, turun ke bawah mendapatkan bola dan sentiasa berusaha untuk membawa permainan ke arah sesuatu yang lebih baik.

Dia kerap dijatuhkan dan berjaya memenangi sepakan percuma apabila dia membantu bahagian serangan.

Tunisia akan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia pada September nanti dengan Hannibal berharap mendapat tempat dalam pasukan tersebut.

Oleh yang demikian dia berharap mendapat minit permainan pada musim baru ini untuk memastikan dia mendapat minit permainan.

Walau bagaimanapun, Hannibal kemungkinan akan dipinjamkan kerana agak sukar untuk dia berada dalam kesebelasan utama United pada ketika ini.

Sesuatu yang luar biasa mungkin berlaku jika dia dapat mempamerkan aksi yang memukau ketika perlawanan pra musim United pad awal musim hadapaan.

- Advertisement -