Berita Terkini

Hannibal Mejbri berkemungkinan akan dipinjamkan

Hannibal-Mejbri-berkemungkinan-akan-dipinjamkan

Hannibal Mejbri dijangka meninggalkan Manchester United secara pinjaman pada musim panas ini. Empat kelab di liga EFL Championship berminat mendapatkan khidmat Hannibal, menurut Sky Sports.

Pemain berusia 19 tahun itu telah tampil dalam dua perlawanan pra-musim terakhir Erik ten Hag tetapi nampaknya The Red Devils telah memutuskan untuk menghantar pemain remaja itu secara pinjaman.

Pemain antarabangsa Tunisia itu dikatakan diintai Birmingham, West Brom, Millwall dan Middlesbrough. Hannibal, yang ditandatangani oleh United dari Monaco tiga tahun lalu, membuat dua penampilan Liga Perdana pada musim lalu.

Yang pertama adalah penampilan cameo yang tegang ketika menentang saingan sengit United iaitu Liverpool, yang mendapat pujian daripada legenda kelab Gary Neville, dan dia penampilan senior pertama untuk kelab itu pada hari terakhir musim menentang Crystal Palace.

Selain itu, Hannibal yang turun 16 kali penampilan bersama pasukan kebangsaan juga menarik minat dari pasukan liga Portugis, Braga, yang juga seperti United telah layak ke Liga Europa.

Sky Sports melaporkan bahawa keputusan mengenai destinasi pinjaman Hannibal dijangka akan dibincangkan pada awal minggu ini.

Laporan yang sama menyatakan bahawa Erik ten Hag dan kakitangan kejurulatihannya gembira dengan persembahan Hannibal dalam perlawanan dan latihan.

Hannibal bersedia untuk mempunyai masa depan yang besar di kelab dan mendapat pengalaman secara pinjaman hanya akan membantu pembangunannya.

Dia pasti mempunyai potensi bermain pada setiap minggu dalam liga EFL Championship sekaligus akan menguji dan memperbaiki perkembangan kariernya seperti yang dilakukan oleh James Garner.

Lain-Lain Artikel