Hannibal Mejbri berjaya buat debut dengan pasukan Tunisia

Dia dilihat begitu selesa bermain dengan pasukan Tunisia pada usia 17 tahun

0

Hannibal Mejbri berjaya membuat penampilan pertamanya dengan pasukan kebangasaan Tunisa baru-baru ini.

Ini merupakan detik bersejarah dalam kariernya selepas berjaya membuat penampilan sulung bersama pasukan senior United dalam perlawanan terakhir menentang Wolves dan kemudiannya dia bermain untuk pasukan Tunisa.

Hannibal mendapat peluang selama 45 minit selepas di bawa masuk sebagai pemain gantian dalam aksi Tunisa dengan DR Congo.

Pemain berusia 17 tahun ini sebelum ini bermain untuk pasukan bawah 16 dan 17 tahun pasukan Perancis. Disebabkan terlalu banyak persaingan untuk pasukan Perancis, dia telah mengambil keputusan untuk menukar kewarganegaraannya dan sekaligus menerima panggilan pertama dengan pasukan kebangsaan Tunisia.

Selepas perlawanan Hannibal memberitahu pada Africa Top Sports,’Saya sangat gembira dengan kejayaan ini pada penampilan pertama saya. Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerena memberi saya peluang yang begitu berharga ini.’

‘Hannibal telah mempamerkan kualiti yang bagus sebagai seorang pemain bola sepak. Dia mempunyai teknikal dan merupakan pemain serba boleh dalam pasukan.’ungkapan kata-kata wartawan Africa Top Sports.

Hannibal berharap memperolehi peluang untuk membuat penampilan yang seterusnya pada perlawanan berikutnya menentang Algeria.

Hannibal berkata,’Kemenangan ke atas Algeria merupakan perkara yang amat penting bagi kami.’

Tunisia sedang membuat persediaan rapi menjelang kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan September nanti. Tunisia diundi bersama dengan pasukan Zambia, Mauritania dan Equitorial Gunea. Hanya pasukan teratas dalam kumpulan berjaya melayakkan tempat ke pusingan kalah mati.

Ia merupakan peluang yang terbaik bagi Hannibal untuk membuat penampilan sulong dalam Piala Dunia akan datang. Keadaan ini akan memberikan dia peluang untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama United.

Pasukan Tunisia amat gembira dengan keberadaan Hannibal dengan pasukan mereka. Peluang dan masa permainan dia bersama dengan pasukan kebangsaan akan memberi pengalaman yang berharga dalam kariernya.

- Advertisement -