Hannibal jadi tumpuan

Hannibal kini berusia 18 tahun telah dipanggil mewakili pasukan antarabangsa Tunisia.

0 168

Pemain muda berbakat Man Utd Hannibal Mejbri telah diberikan penghormatan oleh negara Tunisia selepas dia bersetuju bermain untuk negera tersebut baru-baru ini.

Hannibal sebelum ini merupakan pemain bawah 16 dan 17 tahun untuk pasukan Perancis telah menukar kewarganegaraannya.

Pasukan Tunisia telah bersetuju untuk memanggil Hannibal untuk pertembungan Tunisia menentang DR Congo, Algeria dan Mali dalam perlawanan persahabatan akan datang.

Hannibal telah melancarkan jersi baru pasukan Tunisa di auditorium yang dipenuhi dengan wartawan dan orang-orang kenamaan pada majlis tersebut.

Pemain muda ini berjaya membuat penampilan sulong sebagai pemain gantian baru-baru ini ketika United menentang Wolves di Old Trafford.

Walau pun bermain dengan kadar masa yang singkat, aksi pemain berbakat ini berjaya memukau peminat-peminat United yang merasakan dia mempunyai potensi yang bagus dalam kariernya di United