Hannibal Bakal Jadi Seperti Grealish Versi United

0

Khabar angin sepoi-sepoi bahasa mangatakan United mahu mendapatkan Jack Grealish dari Aston Villa. Perkara ini tidak mungkin akan terjadi sekiranya Paul Pogba meneruskan khidmatnya di United. Posisi yang paling penting ketika ini ialah ‘defensive midfielder’.

Jack Grealish ketika ini dikaitkan dengan perpindahan sensasi berjumlah 100 juta Pound ke Manchester City. Menurut laporan Sky Sports, Aston Villa sudah tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengekalkan pemain itu selain terpaksa menerima tawaran yang diberikan Manchester City.

Pada awal musim 2020/2021, United telah dikaitkan dengan perpindahan Jack Grealish tetapi jumlah wang yang diminta Aston Villa terlalu tinggi. Akhirnya, United telah mengalihkan perhatian kepada Donny van de Beek yang harganya jauh lebih murah.

Pada musim pertama Van de Beek di United kelihatan agak merisaukan. Dengan kedatangan Jadon Sancho, kemungkinan untuknya mendapatkan kesebelasan utama agak sukar.

Selain pemain Belanda itu, United juga mempunyai pemain muda meningkat naik yang berasal dari Tunisia, Hannibal Mejbri.

Serangan Kreatif

Hannibal yang berusia 18 tahun ketika ini Masih belum bersedia untuk diserapkan ke dalam skuad utama United. Perkara ini bukan masalah buat United, Hannibal tidak dipaksa untuk terus bermain bersama skuad utama ketika ini dengan adanya pemain-pemain tengah lain yang lebih berpengalaman.

United membeli Hannibal dari AS Monaco dengan nilai 8 juta Pound. Pada mulanya, dia bermain untuk skuad bawah 18 tahun dan dalam beberapa minggu, dia telah diserap ke skuad bawah 23 tahun.

Pada musim lepas , Hannibal telah mencipta lebih banyak bantuan gol dari pemain lain. Jarak hantarannya yang begitu baik dan boleh mencipta banyak peluang serangan ke atas pihak lawan.

Hannibal juga telah dipanggil ke skuad utama pada musim lepas dan juga dipanggil menyertai skuad kebangsaan Tunisia.

Perkara yang boleh dibandingkan Hannibal dengan Grealish ialah cara gelecekannya yang menarik dan mudah melepasi pihak lawan dan memenangi ‘foul’. Hannibal juga merupakan pemain yang paling banyak dijatuhkan pihak lawan dalam akademi bola sepak.

Jurulatih United, Neil Wood bercakap kepada MEN pada tahun ini, “Hannibal merupakan pemain yang bagus dan berkualiti. Dia sahaja boleh mendapatkan 15 sepakan percuma untuk United dalam 1 perlawanan.”

United juga perlu mengelakkan Hannibal dari mendapat kecederaan yang teruk apabila kerap dijatuhkan pemain lawan. Akan tetapi, untuk mudah mendapatkan sepakan percuma seperti yang dilakukan Jack Grealish amatlah baik untuk satu-satu pasukan.

Bintang Dalam Pembikinan

Ketika masih berumur 18 tahun, tempoh masa 3 atau 4 tahun akan datang begitu kritikal untuk perkembangan kariernya. Dalam tempoh ini, Hannibal mesti membuktikan yang dirinya seorang pemain utama United.

Hannibal boleh bermain dengan baik dalam posisi 4-3-3. Dia boleh menjadi pemain tengah, pemain sayap kiri dan juga penyerang seperti yang dia lakukan dalam skuad bawah 23 tahun.

Mengenai kebolehannya bermain dalam pelbagai posisi, Hannibal menyatakan yang dirinya begitu ‘versatile’ iaitu mempunyai pelbagai kebolehan. Dia boleh bermain di kiri, kadang-kadang di bahagian kanan dan di bahagian tengah serta bertindak selaku penyerang.

United perlu menunggu sehingga Hannibal benar-benar bersedia sehingga dia boleh menjadi penyerang yang baik satu hari nanti.

Hannibal juga bakal menjadi pemain bernilai berpuluh juta Pound seperti Jack Grealish ketika ini sekiranya dia boleh mengembangkan bakatnya ketika ini.

Dengan kehadiran Jadon Sancho dan Raphael Varane pada musim ini, United memerlukan dana yang lebih untuk mendapatkan pemain baru bagi posisi ‘defensive midfielder’ dan pemain pertahanan kanan bagi memberikan bantuan kepada Aaron Wan-Bissaka Dan Nemanja Matic.

- Advertisement -