Haaland diintai Liverpool pada musim hadapan. Apakah langkah yang akan diambil United?

0

Liverpool telah menyertai senarai pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland. Pemain antarabangsa Norway ini telah meneruskan rekod luar biasanya pada musim ini dengan menjaringkan 11 gol dalam 7 perlawanan.

Penyerang muda istimewa ini merupakan aset yang paling hangat diperkatakan pada ketika ini sejak bermain dalam kejohanan besar Piala Juara-Juara Eropah dengan pasukan RB Salzburg sebelum menyertai Dortmund pada 2019. Jurgen Klopp telah menyertai pasukan Barcelona dan PSG dalam pemburuan Haaland.

Dortmund telah berjaya mengekalkan Haaland pada musim ini selepas menerima tawaran lumayan daripada pasukan Chelsea pada awal musim ini. Selain Chelsea, Barcelona dan Real Madrid juga ada melakukan percubaan untuk mendapatkan Haaland. Namun usaha Chelsea gagal dan mereka beralih kepada penyerang Inter Milan dan juga bekas penyerang United iaitu Romelu Lukaku.

Akhbar dari Sepanyol telah memberitahu yang Haaland kini menjadi buruan pasukan Liverpoo. Pemain berusia 21 tahun ini akan menjadi buruan pada musim hadapan kerana bayaran klausanya dijangka akan menurun sehingga 90 juta pound pada Jun tahun hadapan. Dortmund bakal berhadapan tugas sukar untuk mempertahankan Haaland di sana melainkan dengan tawaran kontrak baru kepada Haaland.

‘Sudah tentu situasi sukar akan berlaku pada musim hadapan. Saya tidak membenarkan cerita-cerita ini namun ia berkemungkinan akan berlaku. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan pemain yang penting seperti Haaland untuk terus setia bersama kami.’ kata Hans-Joachi Watzke.

Apakah tindakan Solskjaer jika cerita ini benar? adakah dia akan membenarkan musuh tradisi pasukan United iaitu Liverpool mendapatkan Haaland pada musim hadapan? Kita sama-sama tunggu

- Advertisement -