Haaland akui sedih dengan perpindahan Sancho ke United

0

Duet Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland di barisan depan Borussia Dortmund sudah pasti kita tidak akan melihat lagi pada musim depan setelah Sancho memilih untuk meninggalkan Jerman untuk meneruskan kariernya di Manchester United.

Sancho adalah pemain sasaran The Red Devils sejak tahun 2020.Namun, mereka gagal mendapatkan persetujuan dari Dortmund untuk mendapatkan Sancho dari Signal Iduna Park.

Kegagalan United untuk mendapatkan Sancho pada musim lalu tidak menjadikan Manchester United menyerah begitu saja dan seperti kata-kata hikmat, usaha tidak akan mengkhianati hasilnya dan pada akhirnya United mencapai persetujuan dengan Die Borussen tahun ini.

Beberapa laporan telah menyatakan bahawa Dortmund melepaskan Sancho ke Old Trafford dengan harga 73.1 juta pound.

Meskipun pihak Die Borussen tidak berpuas hati dengan tersebut namun hasrat Sancho untuk kembali ke England tidak dapat dibendung.

Gabungan antara Sancho dan Haaland menjadi senjata utama Dortmund di barisan depan.Sudah tentu, itu tidak lagi dapat dilihat pada musim depan memandangkan Sancho secara rasmi akan menjadi sebahagian daripada Manchester United dalam masa terdekat.

Jadi, apa reaksi Haaland terhadap perpindahan bekas rakan sepasukannya?penyerang Norway itu tidak menyembunyikan bahawa dia sedih melihat Sancho berpindah ke pasukan lain.

“Jadon Sancho dan saya saling memahami dengan baik, dan dia adalah pemain yang hebat,” kata Haaland kepada Stadium Astro ketika ditanya mengenai perpindahan Sancho.

“Jelas sekali, itu sesuatu yang sedih kerana dia pergi.Tetapi begitulah dan itulah bola sepak.Anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku.”

“Saya rasa akan ada banyak pemain bagus yang dapat menyesuaikan diri dengan saya, dan akan menjadi lebih baik.Kita harus melihat kemudian siapa yang paling sesuai untuk saya,” kata Haaland.

- Advertisement -