Haaland akan sertai Sancho dan Ole Gunnar Solskjaer kelak?

0

Jadon Sancho telah melengkapkan perpindahan ke United pada minggu lepas.

Sancho telah menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan pemain di seluruh eropah. Namun mesej yang di sampaikan Haaland menarik perhatian umum.

Sancho telah membalas mesej Haaland, ‘Kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang.’

Mesej yang di sampaikan Sancho berkemungkinan ada makna yang tersirat. Kemungkinan Haaland akan menyertai United pada musim 2022/2023 siapa yang tahu.

Selain itu, ada kemungkinan Haaland akan meninggalkan Dortmund pada masa akan datang. Bayaran kontraknya untuk mendapatkan khidmat Haaland pada musim depan adalah bernilai sekitar 60 juta pound.

Namun, khabar angin mengenai Haaland akan ke Liga Perdana Inggeris pada musim ini juga kiat diperkatakan. Chelsea berminat untuk mendapatkan Haaland dengan nilai 160 juta pound selepas penyerang veteran mereka Giroud telah berhijrah ke AC Milan.

Chelsea kini tinggal Werner dan Tony Abraham di bahagian serangan. Namun telah menolak beberapa tawaran daripada Chelsea kerana tidak mahu kehilangan seorang lagi pemain bintang.

Bagi United, pada musim ini mereka masih lagi berjaya mengekalkan Cavani untuk 1 musim lagi. Oleh demikian tiada keperluan untuk mendapatkan Haaland pada musim ini.

Kontrak Cavani akan tamat pada Jun 2022 makanya misi pencarian penyerang baru bakal bermula.

Namun ada kesukaran untuk mendapatkan Haaland kerana ejen peribadinya adalah Mino Riola. Ejen ini sangat bijak dalam pengurusan pemain dalam mengambil keuntungan peribadinya.

Tetapi, jika niat di hati ingin bersama Sancho dan bekas pengurus lamanya Ole Gunnar Solskjaer, makanya tiada sebarang alasan akan menjadi penghalang bagi perpindahan tersebut.

- Advertisement -