Greenwood tidak menunjukkan prestasi yang maksima

Scholes menekankan bahawa Man United mesti mendapatkan penyerang tengah berstatus bintang

Pool/Getty Images
0 146

Manchester United gagal mencapai keputusan positif kerana hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 menentang Leeds United. Disebabkan itu, United hanya mampu meraih satu mata, dan menjadikan jarak mereka dengan pasukan Manchester City bertambah menjadi sepuluh mata.

Secara keseluruhannya, United mempunyai baki 5 perlawanan domestik, nampaknya usaha untuk menghambat City semakin sukar bagi Ole Gunnar Solskjaer. Usaha untuk mencuba menyamakan atau merapatkan jurang perbezaan mata dengan musuh tradisi mereka.

Setelah perlawanan menentang Leeds berakhir, Paul Scholes menganggap bahawa posisi penyerang tengah masih merupakan kelemahan terbesar bagi The Red Devils. Scholes menyuarakan pendapat bahawa United masih mencari-cari pemain sebenar di posisi berkenaan.

“Penyerang tengah adalah keutamaan (untuk musim perpindahan musim panas 2021). Saya merasakan United mempunyai penyerang yang bagus, tetapi di antara mereka tidak ada penyerang tengah yang berstatus pemusnah atau penjaring sebenar,” kata Scholes dalam wawancara bersama Miroles Football’s.

“Sekiranya Edinson Cavani pergi, adakah Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial akan menjadi penyerang tengah utama United? Mereka kelihatan lebih baik untuk bermain di sayap,” tambahnya lagi.

Seperti diketahui semasa United bertemu Leeds, Solskjaer memutuskan untuk menurunkan Greenwood sebagai penyerang tengah utama. Namun, dia, yang sebelum ini bermain dengan baik di bahagian sayap kanan, kelihatan tidak berdaya atau buntu setelah mengalami kesukaran untuk mencari ruang dalam kotak penalti pasukan lawan dan merobek gawang, Illan Meslier.