Greenwood kemarau gol sejak kehadiran CR7

0

Dalam perlawanan lepas, percubaan United hadir menerusi 4 pemain ini, CR7, Bruno, Pogba dan Greenwood. Greenwood telah mencatatkan 8 percubaan dengan 2 di antaranya tepat ke arah gawang gol. Pemain berusia 19 tahun ini telah berjaya membuatkan pemain pertahanan Aston Villa tidak senang duduk disebabkan larian dan pergerakannya. Namun pada perlawanan kali ini, Greenwood dilihat tidak begitu tenang di hadapan gol.

Selalunya Greenwood yang kita kenali sangat tenang ketika berada di dalam kotak penalti. Dia kerap melakukan beberapa keputusan yang tidak tetap ketika United memperolehi peluang keemasan. Pada separuh masa pertama, selepas membuat larian yang bagus hasil hantaran Pogba, dia telah melakukan keputusan yang kurang tepat. Dia berjaya mengelirukan Tyrone Ming, tetapi dia terus membuat percubaan dalam keadaan yang tidak tenang sedangkan Bruno berada dalam keadaan tidak dikawal pada ketika itu. Sepakan Greenwood berjaya diselamatkan dengan mudah oleh Martinez.

Selepas itu, Mings, Hause dan Konsa telah memberikan tumpuan kepada pergerakan Greenwood. Dalam satu serangan balas pantas United, hantaran Bruno kepada Greenwood telah memberikan dia peluang membuat larian kehadapan sambil di kawal 3 pemain pertahanan Aston Villa. Sementara itu CR7 yang telah membuat larian bijak di sebelah kawasan yang tidak di kawal. Namun Greenwood tidak mahu membuat hantaran ke arah CR7 kerana dia lebih rela melakukan percubaan paksa ke arah gawang gol lawan.

Detik-detik sebegini merupakan peluang keemasan bagi pasukan United. Memang benar Greenwood merupakan pemain utama yang memainkan peranan dalam mengucar-ngacirkan pertahan pasukan lawan. Dia telah melengkapkan 5 ‘dribbles’ dan yang tertinggi di antara para pemain di atas padang. Namun dalam kita katakan ketamakan Greenwood dalam usaha memburu gol, dia masih lagi ada membuat 3 hantaran ‘chance’ kepada rakan sepasukannya dengan Bruno 10 hantaran.

Situasi CR7 tidak memberikan bola kepada Greenwood

Segalanya berkenaan dengan keyakinan dan karakter yang di pamerkan oleh anak muda ini. Dia tidak menjaringkan gol sejak kehadiran CR7 ke United. Adakah dia berasa tertekan dengan keadaan tersebut? Adakah dia risau akan tempat posisinya dalam kesebelasan utama pasukan? Tidak kira siapa yang menjaringkan gol, United harus bekerjasama dalam mencapai kemenangan. Lupakan kepentingan sendiri dan utamakan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Kita akui Greenwood mahu menjadi hero dan wira kepada pasukan United. Dia memang boleh lakukannya. Namun dia perlu mengetepikan sikap seperti perlawanan menentang Aston Villa itu dalam perlawanan seterusnya. Dia perlu memperbaiki cara dia membuat keputusan dalam situasi di dalam kotak penalti kerana situasi berkenaan amat penting untuk pasukan United

- Advertisement -