Greenwood Ikut Jejak Ronaldo Brazil

0

Mason Greenwood banyak mempelajari cara gelecekan daripada penyerang Lagenda Brazil, Ronaldo untuk mengelirukan pihak lawan.

Greenwood banyak melihat video Ronaldo Brazil dan mengaplikasikan gelecekan dan sepakan yang dipelajari dalam perlawanan.

Greenwood boleh mengelecek bola dengan baik sekiranya berhadapan dengan beberapa pertahanan lawan. Dia juga perlu mendapatkan ruang yang lebih supaya pertahanan lawan dapat diatasi dan menyepak bola ke arah pintu gol.

Bercakap dengan peminat mengenai kelebihan beliau, “Cara saya mengelecek dan mengelirukan lawan amat saya suka dan saya akan teruskan hingga ke hari ini.”

“Itu merupakan gerakan kesukaan saya. Saya banyak menonton klip video Ronaldo Brazil apabila gelecekannya mengelirukan pertahanan dan penjaga gol. Saya selalu berlatih di tapak latihan dan terus menggunakan cara ini dalam perlawanan. Sekarang, inilah cara permainan saya dan saya akan terus gunakannya.”

Para peminat banyak membandingkan cara gerakan Greenwood dengan Ronaldo tetapi hakikatnya Greenwood masih belum mencapai tahap Ronaldo ketika zaman keemasannya.

Malam Ronaldo Menggelapkan Old Trafford

Greenwood masih belum berusia 2 tahun ketika Ronaldo Brazil memberikan satu persembahan memukau di Old Trafford pada tahun 2003.

Ketika perlawanan suku akhir pertama di Santiago Bernabeu, Real Madrid berjaya mengatasi United dengan Keputusan 3-1. United begitu berharap dapat mengatasi keputusan ini di laman sendiri dua minggu selepas itu.

Walaupun United menang di Old Trafford dengan keputusan 4-3 tetapi keputusan itu tidak dapat mengubah hakikat yang Real Madrid berjaya ke pusingan separuh akhir.

Ronaldo menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut dan mendapat tepukan serta sorakan gemuruh Dari semua penonton saat dia digantikan dengan pemain lain. Salah satu gol Ronaldo dari jarak jauh begitu memukau penonton sehingga mematahkan semangat beberapa pemain United.

Adakah United Berpeluang Mendapatkan Ronaldo?

Dalam diari Sir Alex Ferguson, ‘A Will To Win’, beliau menyatakan ada Prospek United ingin mendapatkan tandatangan Ronaldo ketika musim 1996/1997 iaitu semasa Ronaldo bermain untuk Barcelona.

“Ejen kepada Ronaldo datang berjumpa saya sekiranya saya berminat mahukan Ronaldo dan dia menyatakan tiada masalah untuknya.”

“Ada klausa dalam perjanjian Ronaldo sekiranya jumlah wang yang dibayar melebihi nilai perjanjian tersebut, kelab lain boleh mendapatkannya. Katanya lagi, saya tidak perlu ke kelab, saya perlu terus ke FA Sepanyol.”

“Nilai Ronaldo ketika itu dalm 32 juta Euro Dan gajinya ialah 4 juta Euro setahun. Kita bercakap tentang perpindahan berjumlah 20 juta Pound dan gaji yang tinggi iaitu 2 juta Pound setahun.

Ini merupakan nilai yang begitu tinggi ketika itu. Beberapa bulan sebelum itu, rekod perpindahan dunia terjadi apabila Newcastle United membeli Alan Shearer dari Blackburn Rovers dengan nilai 15 juta Pound.

Nilai Ronaldo yang begitu tinggi memberikan kesukaran kepada United untuk mendapatkannya. Walaupun tanpa Ronaldo, United masih lagi berjaya mendapatkan ‘treble’ 2
tahun selepas itu yang telah mengharumkan nama Manchester United di mata dunia.

- Advertisement -