Berita Terkini

Greenwood akan buktikan United tak perlukan Cavani pada minggu ini? Peluang kedua buat Greenwood untuk aksi menentang Southampton

Greenwood-akan-buktikan-United-tak-perlukan-Cavani-pada-minggu-ini

Pemain bintang muda meningkat naik, Mason Greenwood telah mendapat sentuhan emasnya kembali dengan 1 jaringan menarik ketika menentang Leeds United minggu lepas. Greenwood akan mendapat peluang sekali lagi untuk menerajui serangan United ketika berdepan Southampton di gelanggang lawan hari Ahad ini.

Pada musim Lepas, ketika menentang Southampton di Stadium St. Mary, United meletakkan Greenwood sebagai penyerang utama namun dia gagal menyerlah dalam perlawanan tersebut. Greenwood tidak dapat menyudahkan peluang terhidang di babak pertama ketika United ketinggalan 1-0. Ole Gunnar Solskjaer tanpa membuang masa, menukarkan Edinson Cavani di separuh masa kedua dan bintang Uruguay itu berjaya menjaringkan dua gol cantik melalui tandukan.

Kita masih lagi belum mendapat status semasa Cavani ketika ini sejak pulang ke England pada minggu lepas. Dia dikehendaki menjalani kuarantin wajib dan sehingga kini Masih belum menjalani latihan bersama pemain lain. Cavani perlu membuktikan staminanya di tahap terbaik untuk menjadi pemain ‘regular’ dalam kesebelasan utama pasukan. Sekiranya Cavani berada dalam skuad United ketika ini, mental pemain Southampton pasti akan terganggu kerana pada musim lepas Cavani berjaya membolosi gawang mereka ketika perlawanan di Old Trafford dan di tempat mereka sendiri.

Selain Cavani, United juga mempunyai alternatif lain iaitu pemain Perancis, Anthony Martial. Dalam perlawanan persahabatan menentang Burnley, Martial telah menjaringkan 1 gol dan memberikan 1 ‘assist’ kepada pasukan. Dia baru sahaja pulih dari kecederaan lutut Dan diharapkan dapat memberikan momentum terbaik kepada pasukan selepas kurang memberikan impak pada musim lepas.

Greenwood pula perlu membuktikan dia seorang penyerang muda yang akan memberikan sumbangan kepada United selepas tidak begitu menjadi ketika menentang Southampton pada musim lepas. Para peminat mengharapkan Greenwood dapat menjaringkan 1 atau 2 gol supaya momentum jaringan dapat diteruskan dalam setiap perlawanan.

Kini Greenwood telah berjaya melepasi paras 30 gol dalam kariernya, dia perlu memecahkan rekod peribadi untuk mendapatkan jaringan yang ke-50 pada musim ini. Solskjaer begitu percaya dengan kemampuannya untuk berjaya di masa depan.

Lain-Lain Artikel