Grant:”Ronaldo meminta untuk dilayan seperti pemain lain!tiada hak istimewa!

0

E3005479-16B2-4A56-AF56-05B9D4012768

Cristiano Ronaldo datang ke Manchester United dengan status sebagai pemain bintang.Namun, menurut keterangan penjaga gol United, Lee Grant, kapten Portugal itu meminta kepada pihak kelab untuk tidak memperlakukan dirinya sebagai pemain istimewa.

Pada usia 36 tahun, dengan pengalaman yang dimilikinya, Ronaldo dipercayai akan segera mendapat hak istimewa di kem United.

Meskipun Ronaldo mempunyai semua reputasi hebat yang menjadikannya sebagai pemain istimewa oleh kelab.Namun, Lee Grant mendedahkan Ronaldo menolak untuk dianggap sebagai pemain berstatus bintang.

“Ronaldo datang sebagai salah satu pemain yang sentiasa mengutamakan pasukan.Ronaldo juga meminta dirinya diperlakukan sama seperti pemain lain.”Saya tahu kerana saya mendengar ia mengatakan itu.

“Ronaldo ingin dirinya diperlakukan seperti orang lain, tetapi dia sentiasa melakukan rutinnya dengan cara profesional yang terbaik dan bagus,” kata Lee Grant.

“Anda mempunyai idea tentang apa yang akan dipersiapkan Cristiano Ronaldo dan bagaimana keadaannya ketika berada di dalam padang dan di sekitar tempat latihan.Dia sentiasa mengikuti arahan kerana dia adalah pemain kelas pertama,” kata Lee Grant.

Sumber: talkSPORT

- Advertisement -