Graeme Souness Dan Micah Richards Bertikam Lidah Mengenai Situasi Harry Kane Dan Paul Pogba

0

Selepas perlawanan Tottenham Hotspur menentang Manchester City malam tadi yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Spurs 1-0 di Sky Sports, dua pengulas berbangsa England, Graeme Souness dan juga Micah Richards berbalah mengenai keadaan terkini yang terjadi terhadap Paul Pogba dan Harry Kane.

Harry Kane tidak tersenarai dalam skuad Spurs ketika menentang Manchester City walaupun di bangku simpanan.

Souness dan juga Richards memulakan perbalahan mengenai Paul Pogba yang mana Souness tidak menghiraukan prestasi Pogba yang begitu baik semasa perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris menentang Leeds United yang menyaksikan Pogba memberikan 4 ‘assist’ cemerlang.

Pada tahun lepas, ejen kepada Paul Pogba, Mino Raiola telah mengeluarkan kenyataan bahawa karier Pogba di United telah tamat selepas Manchester United disingkirkan RB Leipzig dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.

Walau bagaimanapun, Pogba meneruskan juga aksi terbaiknya selepas itu tanpa menghiraukan kenyataan yang dibuat ejen tersebut. Dengan persembahan yang cemerlang menentang Leeds United, Pogba telah berjaya menutup mulut pengkritiknya.

“Mungkin ejennya yang banyak bercakap tetapi Pogba tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia telah bermain dengan baik dan perkara sama seharusnya terjadi kepada Harry Kane, pemain perlu buat yang terbaik,” ujar Richards.

Souness dilihat tidak berpuas hati dengan kenyataan Richards. “Adakah awak rasa pemain membiarkan sahaja ejennya berkata-kata tanpa pengetahuan mereka? Adakah ejen bercakap perkara yang tidak benar?” soal Souness lagi.

Apabila Richards ingin menjawab, Souness mencelah lagi, “Bole kita berpindah dari topik Manchester United? Kita tidak mempunyai banyak masa lagi. Kita boleh bercakap mengenai Liverpool?”.

Selepas itu Souness dengan berangnya berpaling ke belakang dan seterusnya Gary Neville mengambil alih ulasan tersebut.

“Kita cuba letak situasnya begini. Sekiranya ejen anda bercakap mengenai anda akan ke kelab lain sebanyak tiga atau empat kali, ‘saya mahu Paul ke kelab lain’, anda boleh sahaja menafikan perkara tersebut dalam temu ramah yang lain dengan berkata ‘ejen saya hanya bergurau atau ejen saya salah telah memberikan maklumat yang tidak tepat.’ Tetapi anda tidak berkata begitu,” ujar Neville lagi.

Micah Richards pula menyanggah kenyataan tersebut dengan berkata, ” Dia tidak mungkin akan buat begitu kerana kita tidak boleh menafikan apa yang dikatakan oleh ejennya.”

Neville membalas lagi, ” Saya tidak mempunyai ejen. Tiada siapa yang mengajar saya dan saya bukannya patung yang boleh dipermainkan.

Seterusnya Richards membandingkan situasi Pogba dengan Harry Kane. Harry Kane tidak termasuk dalam skuad Spurs malam tadi atas alasan tahap staminanya tidak cukup cergas. Padahal, sebenarnya Kane tersepit dengan kehendaknya mahu bermain untuk Manchester City tetapi dihalang oleh Dany Levy, pemilik Spurs.

Richards masih lagi mempertahankan situasi di mana Kane tidak muncul bersama skuad Spurs dalam perlawanan pertamanya itu, namun Kane tidak menerima kencaman dan dianggap baik oleh media ataupun peminat. Akan tetapi, Pogba yang tidak berkata apa-apa untuk keluar dari Manchester United namun dia dikecam hebat walaupun bermain baik dalam perlawanan menentang Leeds United. Richards mempersolkan di mana perbezaannya.

Souness dengan rasa marahnya membalas semula bahawa dia mahu bercakap tentang Kane Dan bukannya bercakap tentang ketidak hadiran Kane dalam sesi latihan bersama pasukannya.

Souness dilihat tidak bersetuju dengan Pogba yang dianggapnya bukan bintang dalam perlawanan lepas. Dia menganggap Mason Greenwood adalah bintang sebenar. Di sini kita dapat konklusikan yang Souness memang tidak menyukai Paul Pogba disebabkan Pogba seorang pemain Perancis walaupun Pogba bermain dengan begitu cemerlang. Kemungkinan juga ada unsur perkauman yang berbangkit sekiranya pengulas tidak menghentikan ulasan kedua-dua Souness dan Richards.

- Advertisement -