Buletin Manchester United

Gol-minit-97-Scott-McTominay-bawa-United-ke-Suku-Akhir

Gol minit 97 Scott McTominay bawa United ke Suku Akhir

Man United berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan West Ham di pusingan ke-5. Man United memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0. Pertembungan kedua-dua pasukan ini berlangsung sehingga ke masa tambahan. Sepakan leret Scott McTominay pada minit ke 97 hasil hantaran Rashford telah memberikan kegembiranan kepada kem United.

Perlawanan ini secara keseluruhannya didominasi oleh pasukan United pada separuh masa pertama. United menghadapi kesukaran untuk menembusi pertahanan West Ham yang cukup berdisiplin ketika bertahan. United mendapat peluang pada minit ke 27 selepas sepakan penjuru Alex Tellas ditanduk oleh Victor Lindelof tetapi diselamatkan oleh Fabianski. Barisan pertahanan West Ham cukup kental mempertahankan gawang gol mereka.

Pada separuh masa kedua, United terus berusaha memcahkan benteng pertahanan West Ham. Rashford mendapat peluang terbaik ketika berhadapan dengan Fabianski tetapi bola sepakan terus Rashford berjaya diselamatkan penjaga gol. West Ham ada cuba untuk mendapatkan gol dengan serangan balas. Tetapi anak didik Dabid Moyes itu belum mampu membahayakan penjaga gol United, Dean Henderson.

Sekali lagi di minit-mint terakhir, United hampir dibolosi, selepas sepakan penjuru Mark Noble berjaya ditanduk oleh Dawson namun Wan Bissaka berjaya menyelamatkan keadaan tersebut. United kemudian memasukan Cavani untuk membantu mendapatkan gol pada masa tambahan. Minit ke 97, McTominay berjaya memecahkan kebuntuan pasukan United selepas menjaringkan gol sepakan leret hasil hantaran Rashford.

West Ham kemudian berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi mereka gagal menembusi pertahanan United yang berjaya mempertahankan 1 gol sehingga tamat perlawanan.

Man Utd : Henderson; Wan-Bissaka (Williams 91′), Lindelof, Maguire, Telles (Shaw 91′); Matic (McTominay 73′), Fred; Greenwood (Cavani 86′), Van de Beek (Fernandes 73′), Rashford; Martial

West Ham : Fabianski; Coufal, Dawson, Ogbonna (Diop 16′) (Fredericks 46′), Cresswell; Rice, Noble; Soucek, Fornals (Benrahma 88′), Bowen (Johnson 46′); Yarmolenko (Odubeko 54′) (Lanzini 112′)