“Gol itu offside”-Respon Solskjaer mengenai gol Aston Villa

0

7B6A810A-6F58-4FD2-92B6-190F943C75AA

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa dirinya sangat kecewa dengan hasil yang dicapai oleh pasukannya.

Dalam perlawanan tersebut pertahanan Aston Villa Kortney House menjadi watak penentu kemenangan Villa.Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu menjaringkan gol David de Gea pada minit ke-88.

Dengan keputusan ini,The Red Devils telah menelan dua kekalahan berturut-turut.Setelah kalah dari Villa, Solskjaer tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya.Menurutnya, gol yang dijaringkan oleh Villa juga tidak sah kerana berbau offside.

“Anda boleh menerimanya ketika gol bagus, tapi itu merupakan offside,” kata Solskjaer kepada Match of the Day.

“Dia menyentuh David ketika menanduk bola. Bagaimana mungkin itu menjadi gol.Saya tidak dapat melihat konsistensi dan itu jelas offside.”

Manchester United seterusnya akan menentang Villarreal di Liga Juara-Juara. Solskjaer berasa sangat yakin bahawa pasukannya akan segera bangkit.

“Kami akan melalui sekali lagi Perlawanan besar iaitu Liga Juara-Juara.”Saya tahu mereka akan saling bertarung dan memperjuangkan baju ini dan kami akan bersedia untuk perlawanan itu.”

Sumber: BBC

- Advertisement -