Gol cantik Hannibal ketika bermain untuk bawah 23 tahun United. Ke mana hala tuju Hannibal pada musim ini. Kekal bersama pasukan bawah 23 tahun? atau dipinjamkan?

0

Selepas menjalani latihan dan menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan pra-musim, Hannibal telah kembali bermain untuk pasukan bawah 23 tahun United.

Pasukan utama United pada ketika ini persaingan untuk posisi di Hannibal bermain adalah terlalu banyak. Namun, dia masih sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan untuk memastikan dia berada dalam pemerhatian Solskjaer pada musim ini.

Baru-baru ini, Hannibal telah menjaringkan gol jarak jauh ketika pasukan bawah 23 tahun United mencatatkan kemenangan ke atas Sheffield Wednesday.

Hannibal telah mencipta 1 ‘assist’ dalam kemenangan 4-2 dalam perlawanan tersebut. Gol jaringan Hannibal telah menunjukkan kualiti yang dia ada, peminat yakin dia mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi seorang pemain yang hebat.

Hannibal telah berjaya mewakili pasukan antarabangsa Tunisia pada usia 18 tahun. Dia telah mencipta ‘assist’ terbanyak dikalangan pemain bawah 23 tahun United pada musim lepas.

Oleh yang demikian, ada persoalan mengenai masa depannya pada musim ini. Kualitu yang dimilikinya menyebabkan pengurusan United berada dalam dilema sama ada mahu melepaskannya secara pinjaman atau terus kekal bersama pasukan bawah 23 tahun.

Hannibal merupakan seorang pemain yang berbakat. Namun peluang dia untuk bermain dalam pasukan utama United adalah ‘limited’ disebabkan United masih mempunyai Jesse Lingard dan Juan Mata di bangku simpanan untuk posisi berkenaan.

Ia akan membantutkan perkembangan pemain muda ini jika terus kekal bersama United. United harus meminjamkan Hannibal kepada kelab lain supaya dia berjaya mengasah bakat dan memberikan pendedahan untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Namun jika mahu meminjamkan seseorang pemain, ke manakan harus United pinjamkan? Adakah liga ‘Championship’ atau ‘League One’? Adakah liga berkenaan mampu memberikan kelasakan atau proses perkembangan karier yang bagus untuknya?

Liga Portugal atau Belanda sangat sesuai dengan kualiti dan teknikal yang ada pada Hannibal. Keputusan harus dibuat dengan segera bagi pengurusan United jika mahu bakat pemain ini dijaga.

Jika dia terus kekal bersama pasukan bawah 23 tahun, United perlu memberi peluang untuk dia untuk bermain sekali sekala dalam perlawanan yang melibatkan pasukan utama. Dia berjaya membuat 1 penampilan bersama United pada hujung musim lepas.

- Advertisement -