Giliran Pele beri reaksi berkenaan perpindahan Cristiano Ronaldo

0

Cristiano Ronaldo telah meraikan perpindahan kepulangannya ke Old Trafford. Perpindahan tersebut telah dimaklumkan pada malam tadi secara rasminya. Cristiano Ronaldo telah menghantar mesej kepada peminat dan telah memberikan penghormatan kepada Sir Alex Ferguson. Pemain lagenda ini menerima pelbagai respon di media sosial miliknya termasuklah bekas rakan sepasukannya di Real Madrid dan kini berada di United iaitu Raphale Varane.

Pemain lagenda Brazil, Pele juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah di atas kepulangan C.Ronaldo ke Old Trafford. Pele menulis,’Tidak ada perasan yang lebih baik selepas anda menakluki dunia dan pulang ke rumah anda di mana anda bermula. Semoga anda sentiasa gembira Cristiano.’

Mesej Pele di Instagram C.Ronaldo.

Pele dan C.Ronaldo ada bertemu ketika di majlis pengundian dan anugerah Fifa. Apabila kita melihat kepada rekod jaringan Pele di peringkat antarabangsa, ia telah pun dipintas oleh C.Ronaldo. Pele telah menjaringkan 77 gol bersama pasukan Brazil manakala C.Ronaldo telah menjaringkan 109 gol untuk pasukan Portugal.

- Advertisement -