Generasi muda United akan diberi peluang

0

Kemungkinan ketika kehangatan Euro 2020 pada kali ini, masih terlalu awal bagi peminat United untuk memperkatakan mengenai perlawanan pre musim. Tetapi kita pasti teruja dengan perkara yang akan berlaku nanti.

Sewaktu kesesibukan kejohanan di peringkat antarabangsa, persediaan kelab domestik tidak dinafikan akan suram dengan ketiadaan pemain-pemain bintang. Namun kelab seperti United, mereka masih mempunyai ubi-ubi muda yang dijangka akan diberikan peluang selepas tidak terlibat dengan kejohanan antarabangsa.

Pemain-pemain muda ini pasti mengharapkan peluang untuk membuktikan kualiti yang mereka ada dan mereka akan lakukan sesuatu untuk mendapatkan kepercayaan pengurus. Walau bagaimanapun, pemain muda ini pasti akan dilupakan selepas liga bermula.

Peminat-peminat United sangat teruja dengan nama-nama pemain muda yang dikatakan bakal menjadi harapan kepada pasukan mereka pada masa akan datang. Keterujaan tersebut pasti akan bermula pada kempen pra musim pada musim hadapan.

Dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang terlibat dengan Euro 2020, mereka akan direhatkan dan peluang pemain-pemain muda ini akan menyusul.

Ini bermakna pemain seperti Shola Shoretire, Hannibal Mejbri, James Garner, Anthony Elanga dan Amad Diallo pasti akan diberikan peluang.

Ada di antara mereka telah berjaya membuat kemunculan bersama dengan pasukan senior pada musim ini. Dan pada musim hadapan, pasti generasi baru ini akan menjadi watak utama kepada pasukan United.

United sangat terkenal dengan pemain-pemain muda yang berbakat. Tetapi generasi kali ini dikatakan sangat berkualiti dan boleh kita katakan bakal menjadi generasi emas seperti era Sir Alex Ferguson.

Hannibal pemain muda yang berbakat, Amad telah pun mencipta nama bersama kelab dan negera dan Shoretire pasti mereka semua ini akan mencipta sesuatu pada musim 2021/2022.

Sementara itu, James Garner yang dikatakan anak didik Micheal Carrick pasti mempunyai peluang untuk membuktikan peranannya kepada kelab. Dia telah bermain lebih 30 perlawanan ketika dipinjamkan pada musim lepas. Musim depan akan menjadi musim penting bagi dirinya.

Selain itu, Elanga telah mempamerkan kualiti yang mantap pada akhir-akhir musim ini. Dia telah menjaringkan 3 gol dalam 3 penampilan bersama pasukan senior United dan pasukan bawah 21 tahun Sweden. Nama seperti Dilon Hoogewef dan Charlie McNeill tidak terkecuali dari perebutan tempat pada kempen pra musim kali ini.

Kempen pra musim kali ini akan menjadi tumpuan kepada generasi muda yang berkualiti yang United ada. Mereka ini lah yang akan menjadi watak utama pasukan United bagi masa depan.

- Advertisement -