Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Genap 25 penampilan sebagai barisan utama MU terpaksa bayar €10 juta kepada Sporting Lisbon

Manchester United dikatakan terpaksa membayar bonus sebanyak €10 juta Euro kepada Sporting Lisbon selepas pemain tengah mereka Bruno Fernandes telah mencatat 25 penampilan sebagai starter bersama The Red Devils.

Menurut Manchester United Zone mendedahkan bahawa penampilan Bruno Fernandes dalam perlawanan bertemu Newcastle telah membuatkan United perlu membayar bonus itu sesuai dengan perjanjian mereka.

Dalam perjanjian perpindahan itu,terdapat beberapa klausa tambahan.Salah satunya ialah United harus membayar 10 juta Euro jika Fernandes menjadi starter dalam 25 perlawanan The Red Devils.

Dan perlawanan ini kebetulan merupakan perlawanan ke-25 Fernandes sebagai barisan utama bersama skuad United dan oleh kerana itu United terpaksa mengaktifkan klausa itu untuk membayar Sporting Lisbon dengan angka itu.

Manchester United dikatakan tidak keberatan membelanjakan 10 juta Euro jika melihat prestasi yang telah ditunjukkan oleh Fernandes.

Sejak menyertai MU, Fernandes telah bermain 18 kali di Liga Perdana Inggeris.Dari 18 penampilan itu dia terlibat dalam 20 gol yang dijaringkan oleh United.

Angka terperinci itu adalah bahawa dia telah membuat 11 gol dan 9 assist. Oleh itu, pihak pengurusan dipercayai amat berpuas hati dengan pelaburan mereka untuk pemain ini.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd