Berita Terkini

Gembira melihat Rashford kembali dalam prestasi terbaik – Gary Lineker

70739d2e 7435 4490 Aacd D65be376252d

Malam yang cukup indah buat penyerang berusia 24 tahun Marcus Rashford. Menjaringkan gol kemenangan ketika United menewaskan West Ham 1 gol kosong di Old Trafford..

Menerima hantaran lintang dari Eriksen, tindakan susulan pantas dari Rashford membawa bola yang akan datang kehadapan. Menerjah dan menanduk bola masuk.. satu-satunya gol dalam perlawanan..

Selain itu bukan saja manis dengan gol kemenangan tetapi ianya hadir gol yang ke 100 buat Rashford memakai jersey Man United. Baru berusia 24 tahun tapi sudah mengumpul 100 gol buat kelab..

Statistik yang mengagumkan dari Rashford. Musim ini adalah musim yang penting buat Rashford menyerlah kerana penglibatan musim lepas amat teruk

Ia mendpat pujian dari Gary Lineker di laman twitter nya. Menyifatkan pemain itu sangat berbakat dan gembira kembali dalam prestasi terbaiknya..


Selain itu Ten Hag juga memuji anak buahnya yang menjaringkan gol kemenangan walaupun dalam perlawanan yang agak sengit

“Adalah hebat untuk Manchester United mempunyai Akademi yang hebat dan sejarah Akademi yang hebat, pada ulang tahun ke-85 sentiasa mempunyai pemain remaja dalam skuad, dan saya fikir Marcus Rashford mewakili fakta itu dan boleh menjaringkan gol yang cemerlang.”

“Ia benar-benar hari penting untuknya sebelum hari lahirnya pada hari Isnin dan tandukan yang m cemerlang.”

“Sukar untuk dikatakan tetapi saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk mendorong pemain ke tahap maksimum, untuk masuk ke dalam personaliti mereka dan cuba mencetuskan [mereka].”

“Dan kami mempunyai hubungan yang baik. Saya melihat Marcus Rashford yang benar-benar m gembira, tersenyum dan menikmati permainan dan seronok berada di Carrington dan berada di m sekeliling pasukan. Itu adalah asas yang bagus untuk beraksi.”

Lain-Lain Artikel