Gembira dengan ketiadaan Fred? Siapa calon pengganti yang sesuai

0

Pemain tengah Manchester United, Fred telah digantung 2 perlawanan oleh FIFA selepas Pengurusan Bola Sepak Brazil mengaktifkan hukuman 5 hari. Ini boleh berlaku selepas United tidak membenarkan Fred menyertai pasukan kebangsaan pada perlawanan antarabangsa baru-baru ini. Keputusan penggantungan ini berkuatkuasa mulai 10-14 September 2021. Ini mengakibatkan pemain berjersi no 17 United akan terlepas perlawanan menentang Newcastle Sabtu ini dan Young Boys dalam Piala Juara-Juara Eropah pada Selasa depan.

Ketiadaan Fred mengakibatkan United mungkin terpaksa menurunkan Scott McTominay dalam perlawanan tersebut. Scott telah menjalani latihan ringan pada awal minggu ini. Namun, Solskjaer pasti berada dalam keadaan dilema kerana Scott baru sahaja pulih daripada kecederaan. Scott telah menjalani pembedahan di pangkal pehanya baru-baru ini. Ia pasti risiko yang besar perlu di ambil jika Solskjaer berkeras mahu menurunkannya.

Di antara pemain-pemain yang digantung perlawanan untuk pasukan lain.

Namun begitu, United masih mempunyai pemain lain iaitu Nemanja Matic dan Donny van de Beek. Mereka berdua ini boleh diberikan peluang untuk bermain bersama Paul Pogba di bahagian tengah. VDB juga telah memberitahu ketika temubual bersama Rio Ferdinand yang dia yakin dia boleh bermain untuk posisi no 6 tersebut.

Tetapi mengikut pada pengalaman yang lepas, Solskjaer pasti akan menurunkan Matic. Solskjaer mahukan seorang pemain tengah yang mempunyai pemikiran bertahan di kawasan tengah. Matic dan Pogba berjaya bergandingan dengan baik pada musim 19/20.

Satu lagi cadangan ialah, dengan menurunkan Bruno bermain bersama Pogba di bahagian tengah. Posisi Bruno tersebut akan diambil alih oleh Jesse Lingard yang bermain dengan cemerlang ketika membantu England baru-baru ini. United pasti akan cuba menguasai bola di bahagian tengah ketika berhadapan dengan Newcastle nanti. Pemain seperti Matic pasti akan diperlukan dalam perlawanan tersebut berbanding dengan Lingard atau VDB. Pengalaman yang ada pada Matic pasti akan membantu United dalam perlawanan tersebut.

Dengan itu Scott akan mempunyai masa yang lebih untuk berehat dan berkemungkinan akan diturunkan pada perlawanan berikutnya. Seorang lagi pemain yang berkemungkinan mendapat peluang adalah James Garner. Dia masih berada bersama pasukan senior uNited pada ketika ini.

- Advertisement -