Gaya sepakan Beckham masih kekal sehingga sekarang

0

Hampir 16 tahun lagenda pemain sayap kanan United, David Beckham meninggalkan United untuk berhijrah ke Real Madrid.

Walaupun United mempunyai beberapa pemain yang mempunyai kualiti dalam sepakan percuma selepas era David Beckham, seperti Cristiano Ronaldo, Juan Mata dan Bruno Fernandes. Namun mereka semua tidak boleh dibandingkan dengan pakar sebenar sepakan percuma atau penjuru yang kita kenali sebelum ini iaitu David Beckham. Gaya yang dipamerkan oleh Beckham tidak akan kelihatan lagi pada waktu ini.

Tetapi, kami berkesempatan untuk berkongsi dengan anda pada waktu ini, di mana David Beckham telah berlatih di Inter Miami sebuah kelah di liga MLS. David Beckham merupakan pengerusi kelab berkenaan. Dalam media sosial milik Nechkan, dia telah muat naik gambar dia melakukan sepakan dengan gaya yang sama seperti dia lakukan ketika dia bermain untuk United.

Beckham kini berusia 46 tahun di lihat masih boleh bermain bola dengan baik di samping menggayakan pakaian yang begitu serasi dengan seorang pemain bola sepak. Dia telah melakukan sepakan dengan gaya tangan tersebut. Inter Miami kini dilatih oleh rakan sekelabBeckham juga dari United, Phil Neville. Mereka kini berada di kedudukan ke-12 daripad 14 pasukan dalam liga ‘MLS Eastern Conference’

Minggu ini merupakan minggu yang ke 25 tahun ulang tahun jaringan Beckham daripada kawasan tengah padan ketika United menentang Wimbledon.

Kali terakhir peminat menonton Beckham bermain di Old Trafford adalah pada 2 tahun lepas ketika perlawanan ‘reunion’. Dalam perlawanan tersebut, dia masih lagi mempunyai kebolehan dan kualiti dalam melakukan sepakan percuma dan penjuru.

Pemain yang baru hadir ke United, Jadon Sancho ada memberitahu yang dia ingin mengikuti jejak langkah Beckham dalam mencipta ‘assist’ terbanyak untuk pasukan. Sancho merupakan pemain tunggal dari England yang berjaya menyamai rekod 20 tahun David Beckham selepas berjaya mencipta lebih dari 10 ‘assist’ di kalangan 5 liga terbaik dunia untuk 3 tahun berturut-turut. Mari kita nantikan SAncho melakukan untuk tahun ke-4 berturut-turut.

- Advertisement -