Buletin Manchester United

Gaya-seorang-pemanah-dari-Cavani

Gaya seorang pemanah dari Cavani

Penyerang Manchester United Edinson Cavani menceritakan maksud disebalik gaya seorang pemanah selepas ia menjaringkan Gol. Cavani terkenal sebagai penyerang yang mempunyai penyudah yang tajam yang mampu merobek gawang setiap lawan.Dan itu terbukti sepanjang dia bersama PSG ia telah menjaringkan 200 gol dari 301 perlawanan di semua pertandingan.

Meskipun Ketajaman itu belum pernah dilihat ketika berada di Manchester United dek kerana Solskjaer lebih mempercayai bakat muda seperti Martial dan Rashford namun kini penyerang berusia 33 tahun ini telah mendapat kepercayaan jurulatihnya,Ole Gunnar Solskjaer. “Ini adalah kisah yang sedikit panjang dan diliputi dengan sejarah negara kami serta penduduk Charruas “ujar Cavani kepada United Review.

“Ketika anak perempuan saya, Indi, dilahirkan, namanya hanya sebutan kecil buat masyarakat asli kami di Uruguay iaitu orang Charruas. Charrua merupakan seorang Amerindian yang berasal dari Uruguay dan keturunan mereka sudah melebar luas di beberapa negara sekitarnya, seperti Argentina dan Brazil.Mereka adalah orang semi-nomad yang bertahan hidup melalui berburu.

“Jadi anak panah yang saya tarik dan tembak itu adalah perayaan tujuan khusus yang merangkumi semua perkara ini: campuran nama anak perempuan saya dan penduduk asli negara saya,” tambah Cavani. “Gaya itu mempunyai makna yang istimewa, tetapi seperti yang Anda katakan, Eric(Bailly) mengingatkan saya tentang itu dan saya akan selalu memastikan untuk menarik anak panah dan menembaknya.