Berita Terkini

Gasperini:”United seperti pasukan yang sedang dibina”

2CDF4E9F-3E19-4859-B899-1B6AAE963D8F

1AA56A26-2D38-4E8D-A90C-54C72357E468

Pengurus Atalanta,Gian Piero Gasperini mengakui bahawa pasukannya tidak mahu memandang rendah keupayaan lawannya setelah melihat gergasi liga perdana inggeris itu menunjukkan prestasi yang tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir. 

Awal pagi nanti Atalanta akan menjadi tuan rumah untuk bertemu Red Devils dalam perlawanan keempat Kumpulan F Liga Juara-Juara.Pertembungan ini  ini akan berlangsung di Stadium Gewiss, Bergamo, Rabu (3/10/20.

Atalanta membawa misi untuk membalas dendam dalam perlawanan ini kerana Pada pertemuan pertama di Old Trafford mereka mengalami kekalahan dengan jaringan 3-2.

Dalam sidang media Gasperini berkata meskipun Manchester United tidak konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir dia berpendapat Red Devils masih pasukan yang kuat.

AC4A7D6C-B5E4-4EC9-BCC7-B7DF64C166FF

“Bagi saya, United ibarat sebuah pasukan yang sedang dibina kerana mereka mempunyai potensi yang besar masalah Mereka hanya tidak konsisten, tetapi mereka masih pasukan yang kuat.”

“Mereka juga sentiasa mempunyai potensi besar, tetapi sentiasa tidak konsisten.Bagaimanapun, saya yakin mereka akan mencapai sasaran mereka dalam Liga Perdana.”

Lain-Lain Artikel