Gary Neville terkejut kerana Bruno berada dalam kesebelasan utama

0

Gary Neville telah mempersoalkan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer mengenai keputusan menurunkan Bruno Fernandes dalam kesebelasan utama United pada perlawanan awal pagi tadi. Pemain perancang utama United itu telah menjadi ketua pasukan United pada perlawanan ke 2 pertembungan United dengan Real Sociedad dalam pusingan 32 Piala Europa.

Pemain bintang United ini masih lagi diturunkan walaupun United telah memperolehi kelebihan 4 gol pada perlawanan pertama pada minggu lepas. Bruno pernah memberitahu kepada media yang dia tidak perlukan rehat sehingga dia berjaya memperolehi kejayaan bersama United.

Neville dalam media sosial ada memberitahu yang dia terkejut apabila Bruno disenaraikan dalam kesebelasan utama United. Bruno telah melakukan 27 penampilan dan menjaringkan 25 gol dalam kesemua kejohanan United sertai. United akan bertembung dengan pasukan Chelsea pada hujung minggu ini. Tetapi Solskjaer masih mengambil risiko dengan menurunkan Bruno. Perlawanan tersebut penting dalam merebut tempat 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Ramai peminat United diluar sana tidak berpuas hati dengan keputusan Solskjaer menurunkan beberapa pemain utama walaupun United memperolehi kelebihan 4 gol. Ini adalah antara penyataan di media sosial yang telah diluahkan oleh para peminat, ‘Kita telah mendahului 4-0 dan kita akan bertemu dengan Chelsea pada hujung minggu ini.’, ‘2 pemain ‘defensive midfielder’ di tempat sendiri ? Ini adalah cara United’, ‘Dengan kelebihan 4 gol, mengapa Solskjaer tidak menurunkan Amad Diallo dalam perlawanan ini’, ‘Kita telah mendahului 4 gol dan Bruno masih bermain dalam kesebelasan utama?’

Kedua-dua pemain muda United Amad Diallo dan Shola Shoretire telah dibawa masuk pada separuh masa kedua. Aksi kedua-dua pemain ini berjaya memikat para peminat United dengan pengalaman mereka bermain dengan pasukan senior di laman sendiri. Bruno Fernandes merupakan nadi utama pemain no 10 United dan kini menjadi pemain terpenting bagi Solskjaer di United.

- Advertisement -