Buletin Manchester United

Gary-Neville-sepatutnya-merempuh-Dominic-Calvert

De Gea sepatutnya merempuh Dominic Calvert

Manchester United melepaskan peluang mendahului 2 gol pada babak pertama serta jaringan akhir pasukan pelawat di babak akhir perlawanan. Gary Neville telah menyalahkan De Gea kerana melepaskan gol pada minit ke 95 berkenaan. United gagal menyamakan kedudukan mata dengan pendahulu liga Man City walaupun bermain baik di sepanjang perlawanan.

Gol pertama United hadir menerusi Edinson Cavani dan Bruno Fernandes telah memberi kelebihan 2-0 kepada United. Tetapi bermula separuh masa kedua, Everton menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Doucoure dan James Rodriguez. Scott McTominay berjaya menanduk masuk gol ketiga United. United yang dilihat seakan-akan akan mendapatkan 3 mata penitng, gagal selepas Calvin berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Everton.

Neville berkata, ‘De Gea berada di barisan terakhir. Dia tidak keluar merempuh untuk mendapatkan bola berkenaan. Penjaga gol harus pantas membaca bola dalam situasi berkenaan. Selain itu, barisan pertahanan United juga dilihat perlu berusaha lebih keras dalam memastikan mereka tidak melepaskan gol-gol mudah.’

Redknapp menambah, ‘De Gea yang kita kenali adalah seorang yang berani. Dia seharusnya pergi ke arah bola tersebut untuk menyelematkan situasi berkenaan. Dia tidak perlu takut kerana dalam keadaan tersebut, penjaga gol mempunyai kelebihan. Tetapi dia tidak sebegitu. Bagi saya, gol pertama dan ketiga adalah kesilapan penjaga gol.’

United hanya mencatatkan 1 kemenangan dalam 4 perlawanan lepas. Neville berkata kesilapan mudah pasti akan mmenjadi masalah utama bagi pasukan United. ‘Dengan jadual perlawanan yang padat di samping perlawanan Piala FA dan Piala Europa bakal tiba, mereka harus memperbaikinya. Jika tidak pasti ia mengecewakan kepada seluruh peminat.’